Monday, November 15, 2010

Zakiah ada harta RM200 juta?

Ada harta RM200 juta? Sikit tu, kalau hendak dibanding dengan lain lain orang yang jadi kroni kepada orang politik. Apatah lagi perdana menteri.

Apatah lagi kroni seorang perdana menteri yang menang ada kuasa mutlak untuk mengumpul harta sepanjang menjadi peneraju Negara.

Bagaimana pula yang jadi perdana menteri selama 22 tahun?

Sudah tentu lebih banyak daripada itu.RM 200 juta kecil sangat. Malahan ada yang ada harta berbilion ringgit.

Hendak cerita prihal orang politik dan kroni kroninya yang dikatakan ada harta puluhanan juta dan ratusan juta di negeri Terengganu.

Suatu masa dahulu, Datuk Roslan Awang Chik pernah mengatakan orang politik, termasuk wakil rakyat asyik duduk kumpul harta sehingga tak ada masa hendak jaga kepentingan rakyat.

Kenyataan ini adalah merupakan bukti kukuh bahawa kebanyakan orang politik dan wakil rakyat memilik banyak harta sehingga mencapai ratusan juta.

Baru baru ini penulis diberitahu oleh seorang kontraktor di negeri Selangor bahawa salah seorang kroni seorang ahli parlimen Terengganu memiliki harta sebanyak RM 500 juta.

Anda barangkali tak percaya dan pasti bangkit pelawak,pembohong dan fitnah atau dengan kata lain cerita seumpama ini adalah cerita yang tak munasabah. Tak masuk akal.

Atau cerita ini adalah cerita jahat seseorang yang ada niat buruk untuk menjatuh reputasi seorang wakil rakyat.

Sama ada benar atau tidak itulah cerita yang penulis dengar.Terserahlah hendak percaya atau sebaliknya.

Sama ada cerita ini cerita sensasi, tapi itulah yang barangkali boleh jadi jawapnya “YA” jika Datuk Zakiah ada harta RM 200 juta sepertimana gesaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat segera dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin.

Itu yang berlaku pada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim yang dikatakan memiliki harta bernilai RM200 juta yang juga tak munasabah.Munasabah atau tidak cerita nampaknya dipandang serius.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak harus diam diri dengan isu tersebut dan harus disiasat secara serius dan konsisten kerana ia telah diperbahaskan di Parlimen baru-baru ini yang menyentuh kewibawaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan SPRM.

Apakah yang boleh dilakukan oleh SPRM dengan Isu-isu yang melibatkan kes rasuah jika berkait rapat dengan orang politik. Apatah lagi perdana menteri. Bolehkah disiasat secara serius dan konsisten tanpa karenah birokrasi, fungsinya telah dinaiktarafkan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM yang di harapkan ianya lebih efisyen dalam menjalankan tugas untuk membentaras gejala jenayah musuh Negara ini.

2 comments:

Unknown said...

Bila sebut saja kekayaan yg dihimpunkan para pemimpin umno / bn..dan yg sewaktu dgnnya...aku rasa tak terkejut dan tak heran...pasai? benda tu dah serasi dgn perjuangan mereka...itulah yg diperjuangkan selama lebih 50 tahun yg lalu..
semua yg membaca dan berjiwa cintakan negara pun dah mangli dgn perkara2 seumpamanya..
Haaahh..nak dikaitkan dgn sprm...?
sudahlah..rasanya mulia lagi anjing yg menyalak bukit tu...bila undang2 sarang lebah dipraktikkan..maka jgn haraplah .. motto memang paling baik dalam dunia..

Anonymous said...

Rugilah kalau tak kaya bila dah masuk politik. Politik kita kat Malaysia memisahkan agama dari politik. Selular. Tengok kerajaan pas yang jujur, amanah, jimat cermat di kelantan. Mana ada pembangunan besar yang dia buat. Duit hasil jimat cermat habis bayar hutang yang ditinggalkan oleh umno. pas diperkuda umno. Umno berak pas yang jadi tukang cuci tahi tu. Macam tu juga parti keadilan. Duit dari kerajaan pusat disekat lalu pembangunan kat Selangor dan Pulau Pinang jam. Paling elok kalau mahu berpolitik sokong je umno ni. Walaupun umno jahat tapi dia masih Islam juga. Cuma iman dia je yang kurang. Jadi orang politik ni kalau jujur sngat rasanya susah. Katalah elaun wakil rakyat RM 10000 sebulan. Mana cukup kalau hidup kat KL. Minyak dah 3000 sebulan. Makan, rumah, keluarga lagi. Belum lagi nak sedekah sana-sini. Belum lagi orang minta taja itu ini. Paling kurang wakil rakyat perlu ada RM 50000 sebulan barulah rakyat gembira. Nik Aziz kat kelantan dia bagi nasihat dan suruh banyak sabar je. Dia tak bagi duit. Dia guna kaedah nabi waktu Fatimah minta nabi tolong carikan orang tolong dia buat kerja. Nabi kata tak payah. Engkau baca tasbih, hamdalah dan takbir dah cukup. Itu zaman manusia gantung 100% pada Allah. Zaman ni orang gantung harap pada Tuhan sikit sangat. Orang zaman ini banyak bertuhankan duit. Macam syeikh Abd. Kadir disuruh berdoa dalam majlis para ulama. Ulama suruh abd kadir berdoa sebab orang tahu dia wali Allah. Syeikh Kadir kata Tuhan kau prang ini ada kat bawah tapak kaki aku je. Apa artinya. Duit/pulus lah tu. Jika mahu jaga iman, jika mahu berjuang 100% untuk agama jangan masuk politik tak kiralah dia pas, umno, keadilan sebab itu semua akan menyebabkan kita terputar belit. Habis siapa nak pejuangkan keadilan untuk tentang kebatilan pemerintah ya. Mudah je. Allah Taala tempat kita mengadu. Cepat atau lambat dia mesti bagi penyelesaian. Tq