Saturday, December 18, 2010

Dr Fadzillah Kamsah mungkin calon parlimen UMNO/BN

Ada orang sebut atau disebut sebut Dr Fadzilah Kamsah adalah calon Umno/ BN Parlimen negeri Selangordalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Saya setuju, kerana Dr Masitah Ibrahim yang buat fatwa Ibu tunggal melacur boleh jika darurat diberi bertanding dan dilantik sebagai timbalan menteri pada pilihanraya umum ke 11.

Tak bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 pun diberi jawatan timbalan menteri di jabatan Perdana menteri, kerana banyak berjasa dengan kerajaan Umno/BN ketika jadi pensyarah UIAM bersama Prof Dr. Amina Wadud.

Kenapa Dr Masitah Ibrahim diminati oleh Perdana menteri Tun Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib Razak? Kenapa tidak? Kerana pendapatnya sesuai dan selari dengan misi dan visi kerajaan yang memerintah sekarang.

Pendapat boleh ibu tunggal menjadi pelacur dalam darurat membuat perdana menteri begitu sayang dengan Dr Masitah Ibrahim,tak bertanding pun dalam pilihanraya pun dilantik Senator dan timbalan menteri.

Demikian juga dengan Dr Fadzilah Kamsah yang disebut sebut akan beri bertanding Kawasan parlimen negeri Selangor dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.Dulu Dr Amran Kasimin juga diberi bertanding dan menang.

Atas sebab pendapatnya itu adalah sama dan selari dengan pendapat Dr Masitah Ibrahim yang menjadi isu dan polimek.

Saya kenal Dr Fadzilah Kamsah menerusi rancangan Motivasi dalam TV 3 yang punya pendapat yang “songsang” mengenai Islam. Antara lain, beliau berkata serta bertegas bahawa seorang perempuan yang tak tutup aurat(tak pakai tudung) jika dia solat puasa keluar zakat - perempuan itu, perempuan “solihah”.

Macam mana boleh digelar perempuan yang tak tutup aurat perempuan solihah sedangkan hadis Rasulullah SAW barangsiapa (perempuan) tak tutup aurat tidak diterima segala amalannya. Kedua, barangsiapa (perempuan) tak tutup aurat tak bau cium syurga.

Mungkin pendapat semacam itulah orang motivasi dengan alasan hendak pujuk atau tak boleh paksa orang buat baik sehingga tergamak mengatakan“Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah, ketika mengulas laporan seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Ini tidak lain dan tidak bukan ia suatu pendapat yang “songsang menurut perspektif Islam yang mana itu adalah menghalalkan perkara yang haram.Barang siapa menghalalkan yang haram dan mengaharamkan yang halal hukumnya kafir.

Mungkin ada pendapat yang mengatakan belum jadi kafir, kerana motivasi juga penting dalam , dalam kes seperti ini, sepertimana yang disebut bahawa “paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu.”

Dr Fadzilah Kamsah bukan sahaja malahan sangat berani mengatakan boleh “melacur” malah memberi sokongan dengan berkata,“Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu sehingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

Lantas berkata, dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.Tapi malangnya Dr Fadzilah Kamsah sendiri nampaknya tak pun berubah, baik dari segi praktikal dalam keluarganya sendiri.

Saya sangat tercuit dengan pendapatnya sejak sekian lama, termasuk tergamak berkata,“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan, sedangkan mana istilah darurat dalam bidang pekerjaaan.

Kalau mahu menjadi pakar motivasi biar motivasi berteraskan islam. Jangan pakai akal, kerana akal manusia sangat lemah, ia hanya untuk membezakan manusia dengan haiwan saja tidak lebih dari itu.

Pendapat berbentuk Motivasi inilah punca betapa ramai gadis mencenderung dan menceburi lapangan GRO dan dunia pelacuran dan seks bebas hingga betapa ramai yang melahirkan anak tanpa nikah dan dibuang disana disini.

Bukan setakat itu saja malahan ada pendapat mengatakan solat, puasa, zakat tak apa tak dikerjakan, kamu tetap juga Islam. Ini juga punca 83 peratus orang yang mengaku Islam tidak solat lima waktu sehari semalam, sedangkan tinggal solat dengan sengaja jadi kafir.

Bagaimana pula dengan larangan Allah, jangan kamu menghampiri zina,serta jangan jadi macam Yahudi dan jangan ikut orang kafir sepertimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi hadis sahih.

Sehubungan dengan teringat saya dengan friman Allah yang bermaksud: Wahai orang orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan” (surah As saff ayat 2).

6 comments:

Anonymous said...

Dr. Fadzillah memang hebat, aku tabik spring kat dia, pengalaman aku
semasa mngikuti paper Pub. Speaking kat U dulu. Memang hebat.Seorang motivator yang ada kelas. Syabas n tahniah doc. Tapi doc pendirian doc yang senada dgn Dr Mashiiittah akhir2 ini amat memilukan. Apo den nak kato, akibat nilo setitik rosak susu sebelango. Mungkin inilah kemuncak kejayaan doc sebagai pakar motivasi 1Malaysia. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada doc. (aku anak Jawa negori)

Anonymous said...

ko lamo ko sene ko lamo ko sene gitu la jadinyo

Orang Tranung said...

setahu aku doc orang kuat PAS, kwn aku yang keje trainer motivasi dgn dia bagitau. Insya Allah dia ni kwn baik Dr Hasan Ali nanti maybe calon PRU 13 gabungan dua doc ni boleh gantikan kerusi MB Selangor pada PAS. Dr Harun Din minta tanding di DUN selangor jugak...

Orang Tranung said...

silap tu..Doc ni orang kuat PAS..kwn aku keje trainer dgn dia...dia ada bagitau doc ni banyak fikrah dia kearah PAS. Maybe isu2 sekarang dia nampak pluralisme sikit...Dia kwn baik Dr Hasan Ali, kita gabungkan 3 Doc di Selangor Dr Fadzilah, Dr Hasan, Dr Haron Din Insya Allah MB Selangor akan tukor pada PAS

mamat said...

aku dengar cerit,cerita daripada budak budak UIAM anak anak perempuannya tak pakai tudung.

Sama ada betul tak aku tak tahu, tapi itulah ceritanya.

Mungkin Fitnah kot.

Tapi ada isteri pemimpin dulu tak pakai tudung pun. Tutup aurat jauh sekali.

Sebab itu PAS sukar untuk menang, kerana ada lagi pemimpin yang lawan nabi dan Allah.

Saya dengar kata ustaz dalam tanya ustaz tv 9 jika anak tak tutup aurat ayahnya ayah yang dayus.

Bagaimana pula jika isterinya tak tutup aurat? sudah tentu banyak kali kedayusannya.

Kata ustaz itu lagi orang dayus tempatnya di neraka. Bagaimana pula dengan orang yang menghalalkan yang haram lebih lebih berbohong dengan rakyat mengatakan melacur boleh jika darurat.

Mana ada darurat dalam bidang pekerjaan. Tak tak juga. banyak kerja yang boleh dilakukan asalkan halal.

jangan sekali sekali cari yang haram, kalau kerja kilang arak haram tak kan melacur boleh. Hampir zina pun dilarang.

Kalau orang macam ini sokong PAS maka punah jahnamlah PAS yang sudah mula punah itu.

rashid.abuabas said...

Nak taw lebih lanjut tentang dato' fadzilah kamsah. rashidliar.blogspot.com