Friday, December 10, 2010

Mahasiswi Melacur untuk hidup mewah?

Jika di negara Indonesia mahasiswi melacur adalah lazim dengan alasan “terpaksa” yang dianggap “darurat” dan dibolehkan melacur diri.

Kita dimaklumkan bahawa ada pendapat ulamak di Indonesia bahawa terpaksa itu memboleh sesiapa saja boleh menjual diri untuk menyara hidup keluarga termasuk menbayar yuran pengajian.

Suatu masa dulu di Negara kita ada pendapat membenarkan ibu tunggal melacur kerana terpaksa untuk menyara anak anak yang ditinggalkan.

Ada yang difahamkan bahawa melacur diri dibolehkan jika terpaksa, namun kegiatan melacur diri berlsaku secara beleluasa di pusat bandar besar.

Kita dimaklumkan bahawa semakin hari semakin ramai mahasiswi di Negara ini melacur diri kerana terpaksa sepertimana di nyatakan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) percaya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat dengan kegiatan pelacuran.

Dan di percayai penuntut institusi pengajian Negara ini atas keinginan mereka untuk hidup mewah.

Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita) GPMS, Rafidah Mohd. Ariffin berkata, pihaknya juga percaya faktor mahu menyara kos kehidupan bukannya alasan utama penuntut terbabit.

Beliau menambah, meskipun masalah tersebut merupakan kes terpencil, ia harus diberikan perhatian serius oleh pihak-pihak berkaitan.

"GPMS berpendapat kes-kes sebegini adalah terpencil tapi harus diberi perhatian yang serius.

"Alasan untuk menyara hidup bukanlah alasan utama tetapi lebih kepada untuk hidup mewah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr. Jaina Sintian baru-baru ini mendedahkan bahawa ada pelajar IPT terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.

Jaina dilaporkan berkata, kebanyakan yang terlibat datang daripada keluarga bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.

Menurut Rafidah, setakat ini belum ada fakta tepat atau tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh penuntut luar negara yang belajar di institusi pengajian tinggi swasta.

"GPMS sedia bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, polis dan pihak media bagi menangani isu ini," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

pelajar cemerlang tidak ditaja di terengganu.
yayasan terengganu bakal menjadi MUKA AKHBAR, seperti apa yang berlaku di selangor. cuma, hal ini masih belum terbongkar lagi

saifullah said...

kalau nak kluarkan fakta tu..bertempatla...mana ada ulama mengizinkan pelacuran....even kat indonesia pun...mana ada dalam majlis fatwa membenarkan pelacuran jika terpaksa...yang cakap beri keizinan tu sapa...kmukakan nama dia...dia boleh xkluarkn fatwa....adoi... jangan tengok surat khabar je... pergi siasat...satu dua orang je yg ckp...da kata diizinkan..