Saturday, April 30, 2011

Anwar masuk penjara lagi?

Peratusan Datuk Seri Anwar Ibrahim kena hukum atau dijatuhkanm hukuman penjara pada 16 Mei ini begitu tinggi.

Dengan kata lain Anwar Ibrahim akan disabitkan, tapi masih ada ruang membuat rayuan di mahkamah rayuan.

Akan tetapi rata rata menyatakan Anwar masih tak berslah,miskipun telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara semula.

Oleh itu pada 16 Mei ini Anwar tak masuk penjara lagi. Tapi terlalu ramai yang mengatakan dia tetap dihukum penjara semula.

Inilah kerja musuh politik Anwar agar Anwar disekat dengan apa cara sekalipun untuk ke Putrajaya yang dianggap sebagai mimpi disiang hari saja.

Dua tiga lepas saya cuba memungut suara bahawa sesungguhnya Anwar kena dan dijatuhkan hokum penjara beberapa tahun.

Kes liwat satu dulu miskipun sudah disabitkan dan dibatalkan semula setelah Malaysia bertukar perdana menteri yang mengambarkan kes itu adalah konspirasi menjatuhkannya secara hina.

Kali ini beliau telah dituduh semula dengan kes yang lebih hina agar dibenci seluruh rakyat Negara ini Tapi sebaliknya beliau mendapat sokongan dan sanjungan yang tinggi iaitu menang besar dalam tertanding pilihanraya kecil.

Ini menandakan rakyat tak benci sebaliknya semakin meluak dengan pihak kerajaan yang bersekongkong dengan isu liwat dua. Apa tah lagi dengan sebaran video seks yang
dikatakan sah ketua pembangkang itu konon.

Sekarang ini rakyat dah boleh menilai sendiri siapa yang jahat dan siapa yang baik dalam arena politk Negara yang kelihatan semakin kacau bilau. Semakin hari semakin tak keruan jadinya.

Oleh itu, ingatlah musuh tetap musuh tapi kena ingat juga dalam dunia politik musuh mungkin akan jadi kawan dan kawan akan jadi musuh.

Kita tunggu dan lihat. Anwar ke penjara siapa pula akan jatuh dan jadi hina?

1 comment:

1Undi said...

Ya rakyat boleh menilai semua orang... rakyat tak bodoh.... memang betul rakyat bukan bodohlahhh.... rakyat akan nilai kerajaan mahupun nilai Anwar.... rakyat tak bodoh.... mai kita tengok sapa yang kenaa.....