Tiga puluh hari bulan tiga dua ribu sebelas (hari Rabu) pukul 12 tengahari saya hadiri majlis makan tengah hari disalah sebuah restoran jalan Pasir Panjang Kuala Terengganu.
Saya ada dengar pasal menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang dicakapkan, katanya, dia kekal sebagai menteri Besar selepas pilihanraya umum ke 13 yang rata rata mengatakan akan diadakan pada Julai 2011.
Salah seorang yang duduk dekat saya berkata dan bertanya: Betul kah begitu? Sedangkan kes kereta perdana V6 belum selesai lagi.
Saya cuba beri jawapan dan berkata: Bukankah dah selesai dan tiada seorang pun yang di jatuhkan hukuman. Mereka bebas hatta pegawai kerajaan yang dikatakan terbabit nampaknya guying kaki terselamat.
Katanya, kemana perginya perdana V6 itu. Mungkin dah direlai jadi alat ganti. Saya pernah tengok tiga buah perdana V6 warna hitam milik kerajaan berada diatas jalan raya sedikit masa dulu. Lepas itu tak kelihatan lagi.
Selang beberapa minit ada lagi soalan pasal Ahmad Said yang dikatakan akan kekal sebagai menteri besar selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.
Saya cuba mencelah untuk cuit hati mereka dan berkata, Ahmad Said dua kali lima dengan Idris jusoh. Oleh itu akan ada menteri besar baru selepas ini.
Ya tak ya juga. Kalau sultan tak setuju melantik semula Idris Jusoh pada pilihanraya umum ke 12, ada kemungkinan Ahmad Said pun begitu, kerana ada tokoh lain yang lebih layak menerajui Terengganu.
Tokoknya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani orang Batu Rakit yang dibawa balik sendiri oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
No comments:
Post a Comment