Saturday, May 14, 2011

Majlis daerah Kuala Nerus setelah BN menang?

Itulah janji Datuk Nasir Ibrahim Ahli Parlimen Kuala Nerus kepada rakyat disamping janji Datuk Seri Mohd Najib Razak, perdana Menteri Malaysia ketika melawat Kampung Bukit Tunggal dibawah program mesra rakyat.

Apa dia janji perdana Menteri Malaysia itu? Kampung Bukit Tunggal akan dapat sebuah pasar berharga RM 4 juta dan jejantas didepan sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal menghala ke Sekolah menangah kebangsaan Bkit Tunggal terletak di kampong gong Kijang.

Itulah janji dan umpan Datuk Seri Najib Razak ketika melawat dan memecah tanah tapak pasar Bukit tunggal dua hari lepas.

Pada saya janji Ahli Parlimen Kuala Nerus itu memang tak boleh pakai, kerana mengujudkan satu satu daerah baru bukan kerana BN menang atau kalah.

Majlis Daerah diwujudkan berdasar kepentingan dan keperluan penduduk dan diserta dengan pentambahan pendudukan yang begitu ramai hingga menjadi punca masalah pentadbiran sedia ada.

Apa tah lagi janji akan membina sebuah jejantas yang sangat tak munasabah, kerana lalu lintas menyemberangi kampong gong Kijang masih belum sibuk masih boleh menampung dan berjalan lancar.

Apa pun janji itu hanya tinggal janji. Jom tengok. Kita sama tengok nanti. Lebih lebih lagi tanah tapak pasar Bukit tunggul sudah lima tahun pengambilannya . Hari ini baru buat pecat tanah.

Mungkin sepuluh tahun lagi baru dibinanya.

Pada saya kalau hendak sesuatu dengan lebih mudah rakyat Bukti Tunggal kena undi PAS. Lihat sekarang ini pelbagai projek akan dilaksanakan. Macam Dun Manir yang dikuasai PAS dah dapat pasar baru. Kalau tidak jangan diharap dapat projek seumpama itu.

Demikian juga dengan Majlis daerah baru Kuala Nerus yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen berkenaan. Daerah Kuala Nerus akan dibina segera jika PAS menang dan BN kalah. Percayalah.

2 comments:

Anonymous said...

mengapa kau x buat artikel pasal YT pilih kasih? sejak tahun lps dah. tahun ni juga berlaku!

abdullahngah said...

Saya tulis setelah mendapat maklumat berlakunya pilihkasih.

Tahun ini saya tak dapat maklumat dan tak ada sesiapa pun yang bekalkan maklumat itu.

Jadi macam mana nak tulis.

Kalau ada maklumat sila nyatakan dalam ruangan yang sedia ada.

Tulisan saya bukan pakai hentam keromo saja tak tentu pasal .

Kan fitnah namanya.