Wednesday, September 28, 2011

Huduh:biar rakyat faham dulu, baru boleh dilaksanakan?

Demikianlah kata Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pula berkata, hudud tidak akan dilaksanakan di negara kita selagi UMNO berkuasa dengan alasan persekitaran, peredaran masa dan rakyat yang berbilang kaum.

Manakala Tan Sri Mahyuddin Yassin, timbalan perdana menteri berkata, UMNO juga akan melaksanakan hudud kerana ia adalah hukum Allah Cuma belum sampai masanya kerana semua rakyat perlu diberi kefahaman tentang hukum hudud ini terlebih dahulu.

Nampaknya pendapat kedua-dua puncuk ke pemimpinan UMNO ini ada persamaan dengan pandangan Dr Asri Zainal Abidin yang faham dengan hukum hudud. Bermakna mereka faham dan tahu tapi tak mahu pada hudud.

Mereka ini seolah olah telah mendahului Allah dan Rasul SAW ketika menjawap dan memberi padangan mengenai isu huduh yang dibngakit semula oleh menteri Besar Kelantan baru baru ini.

Pendek kata sah perdana Menteri faham dan tahu tapi tidak setuju dan tak mahu hudud dilaksanakan di Negara ini. Alasan yang diberikan itu jelas dan nyata kalangan
pemimpin umno tak mahu memuliakan undang undang Islam di Malaysia ini.

Sewaktu Tun Mahadhir Mohamad menerajui Malaysia, bukan setakat tak mahu menerima hudud, malahan beliau mempersenda sendakan syariat Allah itu.

Persoalan yang timbul sekarang ini mengapa perlu menunggu rakyat faham hudud dulu, baru boleh dilaksanakan, sedangkan undang undang Bristih dulu boleh dilaksanakan dan diterima seadanya oleh rakyat hingga hari ini.

Jika kita berfahaman demikian samalah seperti perpatah melayu “tunggu kuncing tumbuk tanduk”, kerana orang kafir miskipin diberi penerangan sampai kiamat pun mereka tak akan faham faham juga hudud itu.

Demikian juga dengan rakyat yang bernama umat islam di Negara ini. Usah yang tak faham yang faham pun tetap tak mahu hudud dilaksanakan. Mengapa tidak. Mereka sangat bimbang dan takut dengan hudud.

Jika hudud dilaksanakan dinegara ini mereka orang yang pertama akan dikenakan hukum hudud. Inilah yang membuat mereka tak mahu hudud dilaksanakan.

Oleh itu pandangan Dr Asri yang berkata hudud, biarlah rakyat faham dulu baru boleh dilaksanakan sebagai alasan yang hampir serupa dengan alasan yang dibuat oleh perdana menteri dan timbalannya jelas tak masuk akal.

Lebih lebih lagi orang kafir sampai bila bila mereka tak akan faham.Oleh itu kita kena tunggu kuncing tumbuh tunduk dulu baru boleh laksanakan hudud ini.

No comments: