Monday, September 5, 2011

Mohamad Sabu politikus mengejar populariti?



Pilihanraya umum ke 12 merupakan pilihanraya terburuk bagi UMNO/BN. Ini bukan anggapan tapi ia reality yang tidak boleh dinafikan lagi.

Pilihanraya umum ke 13 dianggap kritikal bagi UMNO/BN dan menakutkan para pemimpin BN, terutama Najib Razak yang naik dengan jalan mudah melalui diturunkan Abdullah Ahmad Badawi, konon punca buruknya umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12.

Datuk Seri Najib Razak dianggap boleh menukar atau merubah UMNO/BN dari buruk kepada baik apabila memegang menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

Setelah menjadi presiden umno dan perdana menteri pel bagai usaha telah dilakukan melalui slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Slogan yang dicanang sebegitu rupa disamping tranformasi ekonomi yang membabitkan peruntukan puluhan bilion ringgit itu lebih buruk dek kenaikan harga barangan yang tak terkawal.

Slogan yang dicanangkan itu kelihatan tidak juga merubah umno/BN setakat hari ini, malahan kedudukan piliharaya umum ke 13 masih ditaraf kritikal juga.

Ini telah dinyatakan sendiri oleh Tun Mahathir Mohammad bahawa pilihanraya umum ke 13 belum sesuai diadakan. Yakni, bermakna masa kritikal belum tamat bagi umno/BN.

Bagi saya dalam seminggu dua ini masa kritikal umno/BN sudah berubah dan bertukar menjadi lebih baik dek isu yang dilemparkan timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu yang sukar mengejar popularity sejak sekian lama.

Sama ada dia sedar atau tidak bahawa kesan isu yang dibangkit itu boleh menguntungkan Umno/Bn dan memberi kesan buruk kepada PAS barangkali ramai yang tak tahu, kerana kebanyakan ahli PAS menyokong penuh termasuk presiden PAS sanggup mempertahankan timbalannya.

Bagi saya isu yang dibangkitkan Mohammad Sabu itu memberi saham yang sangat baik dan boleh menguntungkan umno serta dapat mecalar reputasi PAS.

Isu yang dibangkitkan itu dapat merungkai masa kritikal Umno/BN dek kemarahan orang Melayu, kerana menyentuh sensitivity bangsanya.

Lebih lebih lagi kenyataan yang dibuat oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS menentang kominis tanpa menyedari PAS bekerjasama dengan DAP anak kominis di Malaysia.


2 comments:

Anonymous said...

taklah.
mat sabu tak kejar populariti.
yang popularitikan mat sabu, utusan.
tapi utusan dah menyesal.
sebab, mat indera kini jadi pejuang.

- pena beracun.

Anonymous said...

Saya setuju Mat Sabu tak kejar yng mempopularkan media UTUSAN UMNO.Lihat Kesan komen tuuu ha sapa untung