Sunday, September 25, 2011

Mimpi Terengganu di landa Tsunami

Sesetengah mengatakan mimpi manusia adalah mainan tidur. Sesetengah mengatakan mimpi manusia adalah anugerah Allah yang sesetengahnya boleh jadi reality.

Kalau mimpi manusia adalah mainan tidur sudah tentu jauh sekali untuk jadi reality. Lainlah jika mimpi manusia itu adalah anugerah yang kadangkala ada yang jadi reality.

Tetapi mimpi nabi seperti mimpi nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya Ismail adalah suatu perintah dari Allah yang mana telah dilakukan sebagai tanda takbud seorang nabi kepada penciptanya.

Saya ketika berada ditanah suci Mekkah telah bermimpi bahawa Terengganu di landa Tsunami sepertimana yang pernah berlaku keatas Acheh beberapa tahun lalu.

Apakah makna Mimpi saya ini? Sama ada tsunami yang melanda Terengganu benar benar akan berlaku sepertimana ia melanda Jepun tak lama dulu.

Setelah saya menceritakan pasal mimpi saya itu, Seorang peguam telah menyatakan ada kemungkinan PAS akan memerintah semula Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Peguam tadi seolah olah telah mengiktiraf bahawa mimpi saya ini suatu anugerah yang kemungkinan akan jadi realiti selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Macam mana hendak memerintah semula, sedangkan kajian yang dibuat oleh penganalisis politik bahawa kedudukan sokongan setakat hari ini 60 UMNO/BN dan 40 PAS. (60-40).

Oleh itu macama mana PAS boleh menang Di Terengganu dalam pilihanraya umum ke 13 ini,sedangkan sokongan rakyat masih rendah berbanding dalam pilihanraya ke 12.

Pada saya, mimpi saya itu adalah mainan tidur yang tak ada apa apa makna atau hubungkait dengan politik di negeri Terengganu.Lebih lebih lagi Umno/BN telah buat apa saja, termasuk memasukkan pengundi hantu banyak 15 peratus .

Hal Ini disebut oleh pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut dan telah akui oleh SPR sendiri.

Yang pelik, saya juga pernah bermimpi tiga tokoh politik datang jumpa saya. Antaranya ialah Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketua umum parti Keadilan Rakyat dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Kelantan.

Yang anehnya siapalah saya ini sehingga tiga tokoh politik pembangkang datang jumpa saya dalam mimpi mainan tidur ini.

Apalah sangat saya ini yang hanya kenal Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tapi dia tak kenal siapa saya. Demikian juga Datuk Seri Anwar Ibrahim.Saya kenal dia, tapi dia tak kenal siapa sebenarnya saya.

Cuma Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang saya kenal dia dan dia kenal saya.

2 comments:

Anonymous said...

saya pun pelik,saya bermimpi saya mengumpul duit utk diberikan pada DSAI,dan DSAI tersenyum menerimanya(beliau tidak kenal pun saya,dan saya pun cuma tau cerita2 beliau dari internet),tapi mimpi itu jelas,dan saya masa tu terlelap selepas bertahjud.

saya pun tertanya2 apa erti mimpi saya.mudah2an mereka yang berjuang utk Allah,rasul dan masyarakat di beri kemenangan.amin.

Anonymous said...

Mungkin akan berlaku, tapi tak eloklah salahkan politik. :-)