Saya pernah kata antara Ahmad Said dan Idris Jusoh dua kali lima. Demikianlah prihal dua orang tokoh umno Terengganu yang diberi amanah menerajui Negeri minyak yang sinonim dengan negeri kaya rakyat miskin.
Tidak dapat dinafikan lagi, negeri Terengganu adalah sebuah negari yang kaya kerana pendapatan 5 peratus hasil minyak.
Dua tiga minggu ini timbul cerita pasal menteri besar berbelanja boros. Memang diakui boros sungguh, kerana telah meluluskan bajet tambahan pembinaan jalan kampong yang berharga RM200 juta.
Bayangkan sebatang jalan kampong sepanjang 5.6 kilo meter kosnya sebanyak RM200. Demikian juga sebuah jambatan merentasi sungai nerus berharga RM200 dan ditambah sebanyak RM10 juta lagi.
Bagaimana pun berbelanja boros diteruskan lagi, iaitu ditambah bajet sebanyak RM 50 juta keatas jalan tadi menjadikan kos sebenar sebanyak RM250 juta.
Yang paliknya rakyat tak marah pun malahan tak ada yang bising apabila menteri Besar berbelanja seboros itu.
Kita tahu mengapa berlaku demikian. Mengapa tidak. Itulah cara untuk mendapat dana khas persekutuan royalty 5 peratus untuk dimasukkan dalam sakunya dan kucu kucunya.
Kalau ya pun, mengapa dibazirkan wang rakyat sedemikian rupa. Bukankah banyak lagi projek projek lain yang harus dilaksanakan.
Tulisan ini bukan rekaan saya, tetapi kebanyakan pengalisis ekonomi negari Terengganu asyik menyebut bahawa kerajaan Terengganu berbelanja boros.
Saya pun tumpang sekaki dan berkata memang pun begitu, kerana tidak ada cara lain selain berbelanja besar dalam satu satu projek yang dilaksanakan demi kepentingan diri sendiri.
Inilah masanya mencari peluang mengumpul harta sepertiman pernah disebut oleh Senator Roslam Awang Chik suatu masa dulu,bahawa wakil wakil Terengganu tak ada masa nak jumpa rakyat, kerana asyik mengumpul harta.
Barangkali kata kata itu ada kebenarannya. Kalau tidak mana mungkin Senator Roslan Awang Chik boleh berkata demikian kepada wakil rakyat wakil rakyat mereka.
Lihat sajalah sebatang jalan kampong sepanjang 5.6 kilo meter kosnya sampai RM250 juta dan sebuah jambatan merentasi sungai nerus kosnya sampai RM 210 juta berbanding sebuah jambatan Kuala Dungun hanya berharga RM 50 juta saja.
1 comment:
bagi jer lagi kurma dan air zam2 ke org2 trengganu... pasti akan jilat bon*ot amno laknatullah sampai mati...
Post a Comment