Sabtu malam penulis diaju dengan soalan yang berbunyi: mana
lebih ramai ulamak jahat dengan ulamak baik.
Sebelum ini seorang belia mempertikai label ulamak jahat dan
berkata macam mana ulamak boleh jadi jahat, sedangkan dia ulamak.
Penulis cuba mencelah, tak kan tak ada yang jahat.Kan mereka
itu manusia biasa. Manusia biasa ada baik ada jahat.
Jadi, ulamak juga begitu. Memang ada yang jahat dan ada yang
baik. Sebab itu wujud pelbagai pendapat yang berbeza satu sama lain.
Sebelum penulis menjawab, ada lebih baik lihat 13 buah
negeri di Malaysia ini. Tiap negeri ada seorang mufti dan mereka adalah ulamak.
Mustahil yang bukan ulamak dilantik sebagai mufti, kerana
mufti tempat rujukan bagi hal eh wal agama Islam.
Oleh itu, mereka bukan calang calang orang dan tidak boleh
dipertikaikan akan fatwa yang dikeluarkan
disamping ada majlis fatwa kebangsaan
yang di pengerusi oleh seseorang ulamak yang diakui kewibawaannya.
Sekarang ini anda dah boleh jawab soalan yang diajukan pada
penulis. Bermakna tak payah penulis jawab, kerana ianya jelas dan nyata.
Bayangkan 13 mufti yang ada dalam Negara Malaysia. Beranikah
mereka sanggah perkara yang salah yang dilakukan oleh pihak kerajaan yang
memerintah.
Usah nak tegor pemimpin yang melakukan kesalahan. Nak
sanggah perkara yang salah pun jarang berlaku.
Pendek kata mereka bak kata perpatah seperti “syaitan bisu”.
Mereka sanggup jadi syaitan bisu, sedangkan tindakan itu adalah sejahat jahat
tindakan dari seorang ulamak.
Sesungguhnya adalah bersesuaian dengan kata kata Rasulullah
SAW bahawa ulamak terbahagi kepada dua golongan, jahat dan baik.
Para ulamak mengkategorikan ulama kepada empat golongan.Keempat
empat golongan itu, satu dipihak ulamak dunia dan satu lagi ulamak akhirat. Ada
lebih baik kita sebut dua golongan, yang jahat dan yang baik. Habis cerita.
1 comment:
pembetulan tuan blogger, bukan 13 buah negeri tetapi 11 negeri bersama Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak bukan negeri tetapi negara. Sebab tu pembentukan Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (pd masa tu), Sabah dan Sarawak.
Post a Comment