Dua tiga harini orang
asyik duk cakap pasal Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Apabila
sebut saja nama Dr Asri teringat saya pada nama Dr Masitah Ibrahim Timbalan
menteri di Jabatan Perdana menteri.
Dr Masitah Ibrahim sebelum bertanding atas tiket umno adalah
seorang pensyarah university Islam antarabangsa Malaysia (UIAM).
Saya belum lupa lagi, semasa PAS memerintah Terengganu
(1999-2004) Dr Masitah Ibrahim salah seorang pensyarah yang kerap di
jemput untuk menberi cermah dan bentang
kertas kerja anjuran agensi kerajaan.
Pendek kata setiap kali diadakan majlis berunsu8r agama
dialah diantara orang yang dijemput dalam majlis majlis tersebut.Bukan setakat
itu saja malahan kebanyakan pucuk kepimpinan mengatakan dia orang PAS.
Apabila tiba masa musim PRU11(2004) dia adalah calon umno
yang bertanding di Baling menentang calon PAS Ustaz Taib Azamuddin dan menang
dan dilantik menjadi timbalan menteri di jabatan Perdana menteri.
PRU 13 nampak kelibat
Dr Asri yang disebut sebut akan jadi Yang berhormat. Ada juga yang kata dia
akan bertanding atas tiket PAS. Tak kurang juga yang buat ramalan dia akan
diberi peluang bertanding atas tiket umno.
Penulis sejak dari dulu lagi Nampak dengan jelas dan nyata
memang itulah cita citanya.Mungkin untuk jadi perdana menteri Malaysia suatu
masa nanti.Itu targeknya.
Persoalan yang timbul masih ramai yang tak dapat baca
minatnya. Masih ada yang berteka teki parti manakah yang akan jadi pilihannya.
Ada yang kata dia berminat dengan PAS. Tapi pada penulis dia sangat berminat
dan condung pada umno.
Terbaru beliau menyatakan yang dia tak kisah parti manang
yang menang pilihanraya umum kali ini. Yang penting pilihanraya yang akan
berlangsung nanti mesti bersih dan adil.
Disini penulis dapat baca bahawa beliau salah seorang yang
macam “lalang”. Boleh duduk dimana saja asalkan dapat apa yang dihajatinya.
Beliau seolah olah tak kisah siapa yang menang, hatta kafir seklaipun yang
menang.
Atas Sebab itu beliau seringkali melakukan protes terhadap beberapa
orang ketua parti politik pembangkang, termasuk membuat saranan agar ditukar
segara ketua yang imejnya buruk.lebih lebih lagi yang lama dan lanjut usianya.
Walaupun protes yang dilakukan tidak dtuju khusus, orang
yang mesti tukar ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua umum Pakatan rakyat,
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS dan Datuk Nik Abdul Aziz Nika
Mat, msyidul Am PAS yang juga menteri
Besar Kelantan.
Yang peliknya ketua ketua ketua parti pembangkang saja yang dihalanya, manakala
ketua parti kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Razak langsung tidak
disentuh,sedangkan pemerintah Negara ini jelas terbabit dengan penyelewengan dan
penyalahgunakuasa, tidak terkecuali terbabit dengan rasuah dan tak layak jadi pemimpin.
Ini mengambarkan dia (Dr Asri Zainul Abidin) sangat kepingin
untuk jadi YB. Hari ini semakin hari
semakin jelas hala tuju arena politiknya.
Kebanyakan berkata, dia sedia bila bila masa untuk jadi
calon. Lebih lebih lagi calon umno Pru 13 yang barangkali akan diadakan pada 23
Jun 2012 nanti.
Semasa belajar dulu beliau dikatakan sangat berminat dengan
PAS. Tapi sejak akhir akhir ini minat pada pas sudah kurang atas alasan PAS
bukan lagi kepala kereta api yang cantik berbanding dengan kepala kereta api
modern. Malahan diandaikan sebagai penumpang yang akan ditolak dan terjun kelak.
Oleh itu, kepala kereta api yang ada sekarang mesti ditukar
dengan kepala kereta api baru dan moden serta canggih.
Ini pernah disentuh oleh
kebanyakan kawan kawan Dr Asri tidak lama dulu. Alasannya kepala kereta api
sedia ada sudah tidak boleh pakai lagi kerana terlalu buruk.
Katanya, kalau mahu tambah penumpang dan baik perkidmatannya
kepala kereta api yang lama itu wajib di tukar dengan kepala yang baru.
Sayang sekali kepala kereta api yang dipandu oleh Datuk Seri
Mohd Najib Razak tak disebut untuk di tukar ditengah perjalanan atas alasan
berbahaya.Oleh itu kena tunggu sampai ke distinansi dulu baru boleh berbuat
demikian.
Ini menunjukkan Dr Asri tetap sayang pada umno dan kemungkinan beliau akan
dicalonkan,kerana dia merupakan calon boleh menang yang pernah disentuh Najib tahun
lepas sebagai langkah ubah umno/BN agar boleh menang bergaya PRU 13 nanti.
2 comments:
jadi calon bn/umno,
dia boleh menang???
uuuiiiikkkk...
nak muntah gua.
tapi kalau calon pr/pas,
mungkin ya...
HAHAHA...kot mana pulak hang nmpak dia condong ke arah BN umno..wakakaka
Post a Comment