Sebaik saja pertemuan Tengku Razaliegh Hamzah presiden
Amanah merdeka dengan Tengku seri Peduka , Raja Bahrin dan orang kuat Mampat serta beberapa orang parti keadilan rakyat di
Primula Hotel Batu Burok, nama Raja Baharin disebut sebut sebagai calon yang
bakal bertanding di parlimen Kuala Terengganu.
Sama ada dia ahli PAS atau sebaliknya bukan persoalan,
kerana Tun Salleh Abas yang bertanding di DUN Jerteh pada tahun 1999 bukan ahli
PAS.
Persoalan yang timbul sekarang ini bagaimana pula dengan
Mohd Abdul Wahid Endut yang sudah bersetuju menyerah DUN Wakaf Mempelam kepada
muslimat musim PRU 13 ini.
Jika demikian manakah DUN untuk Wahid Endut bertanding. Tak
mungkin seorang Pesuruhjaya PAS negeri
Terengganu tak jadi calon, sedangkan nama beliau disebut sebut bakal menteri besar
Terengganu selepas PRU 13 ini.
Kalau beliau tak bertanding di DUN bagaimana mungkin untuk
dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 yang bakal diadakan
dalam masa yang terdekat ini.
Jika benar Raja Baharin calon yang bakal bertanding di
Parlimen Kuala Terengganu bermakna sah Wahid Endut sudah hilang peluang untuk
bertanding pada PRU 13 nanti.
Dun Wakaf mempelam sudah pun diserah kepada muslimat dan
muslihat sudah pun buat persediaan Cuma namanya saja belum ditentukan lagi.
Nama Sapinah Jusoh ketua muslimat negeri, bekas senator
disebut sebut sebagai calon yang telah disenarai pendekkan oleh muslimat
negari.
Persoalan sekarang mustahil wahid Endut yang disebut bakal
dilantik sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 13 ini tidak bertanding.
Apakah beliau akan senasib dengan Datuk Mustafa @ Hassan Ali yang masih mahu
mencuba nasib sekali lagi pada Pru !3 ini.
PAS Terengganu kena fikir banyak kali prihal Wahid Endut
yang telah menyerah DUN Wakaf Mempelam
kepada muslimat, kerana UMNO dikatakan akan meletakkan Datuk Wan Ahmad Wan Omar
timbalan pengerusi SPR bertanding di DUN tersebut.
Penulis dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai
Datuk Wan Ahmad bakal menteri besar Terengganu
yang baru selepas PRU n13 nanti.
Jika Muslimat bertanding di DUN wakaf Mempelam ada
kemungkinan PAS gagal mempertahankan kerusi kubu kuat PAS kini dan selama
lamanya itu.Percayalah. Apalah sangat dengan kewibawaan calon muslimat yang
sedia ada sekarang berbanding sebelum ini.
Sejarah telah membuktikan PRU 1986 calon umno Abdul Latif
Mohd (4597 undi) telah kalah di tangan
Datuk Mustafa @Hassan Ali ( 4702 undi) menang dengan majuriti 105 undi.
Mohd Abdul Wahid Endut bertanding di DUN Bandar(4,043 undi)
kalah di tangan Tok Teng Sai (5,280 undi) dengan majuriti 1237 undi. Pada PRU
1990 Dun Wakaf Mempelam di beri kepada Wahid Endut(6383 undi) mengalahkan Abdul Latif Mohd (5220 undi) dengan
majuriti 1163 undi dan tak pernah kalah hingga kini.
No comments:
Post a Comment