Tidak lama dahulu penulis ada tulis rencana pasal MB Datuk Seri Ahmad Said akan ditukar
selepas PRU 13 nanti.
Bermakna Ahamd Said bukan lagi MB Terengganu selepas PRU 13.
Maka nama lain pula yang jadi MB Terengganu selepas PRU 13 ini.
Namanya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani Ngah,
Setiausaha politik pada Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.
Nama ini menjadi isu yang besar dan telah menjadi polimek
yang mengkucar kacir Umno Bahagian setiu sedikit masa dulu.
Sesetengah mengatakan nama itu jangan diharap untuk dicalon
bertanding di Dun Batu Rakit selagi Mat Jidin dan Kazan Che Mat masih orang
kuat Bahagian Setiu.
Pada penulis ini merupakan petanda Nama Jailani Ngah tidak mendapat restu bertanding
di Dun Batu Rakut miskipun ia kehendak
Mohd Najib sendiri.
Persoalan yang timbul kini Nama Jailani Ngah kelihatan sudah begitu popular semula
dan mula dikenali rakyat parlimen Setiu khususnya dan seluruh Terengganu amnya.
Sinar harian mula memainkan peranan memperkenalkan nama Setiausaha politik perdana menteri dalam
majlis bersama rakyat baru baru ini.
Bermakna usaha Mohd Najib untuk menukar menteri besar
Terengganu miskipun menemui jalan sukar kini sudah mula ada ruang bahawa MB
sedia ada akan bertukar kepada tokoh lain.
Nama Jailani Ngah bukan calang calang nama berbanding dengan
nama Datuk Rasul Wahid yang telah dicanang sedemikian oleh sesetengah pihak
sebagai bakal MB Terengganu yang baru selepas PRU 13 nanti.
Rakyat Kenal siapa sebenar Jailani Ngah dan siapa
sebenar Rasul Wahid. Pucuk kepimpinan
umno Malaysia juga turut mengenali mereka ini.
Usaha menukar MB Terengganu yang dilakukan secara diam oleh
Najib kali ini sudah Nampak jalan mudah. Lebih lebih Tun Mahahtir Mohamad orang
yang diberi tugas untuk memainkan peranan agar umno Terengganu tidak jadi kecuh sudah ada kejayaannya.
Penulis percaya beberapa nama yang disebut sebut bakal
menteri besar Terengganu termasuk Datuk
Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Wan Ahmad Omar, maka Jailani Ngah adalah nama yang barangkali
menjadi hampir tepat bakal menteri Besar Terenggnau yang baru selepas PRU 13
nanti.
Kenapa? Beliau setiausaha politik pada Perdana Menteri Mohd
Najib Razak yang sedang berusaha bertungkus lumus agar menteri besar Terengganu
bertukar tangan.
2 comments:
Aku anak Terengganu. Minta tolong lah kat UMNO Terengganu tu, carilah calon yang cerdik-cerdik supaya ramai yang akan jadi menteri adalah anak Terengganu. Yang aku nampak sekarang, YB-YB Dewan Rakyat berasal dari Terengganu terdiri daripada orang-orang bangang hinggakan seorang je yang dimenterikan. Itu pun berbuih-buih mulutnya untuk meyakinkan bahawa dia ni orang cerdik. Juga aku perhatikan dari dulu (1969)lagi, YB-YB Parlimen dari Terengganu ni terdiri daripada orang bangang dan bodoh-sombong, melainkan sekor dua jer!
Sy walaupun tak sependapat dengan ahmad said tapi sy tak nak dia ditukar dgn mb lain..mb yg lain mungkin tak sependapat dgn mat said. mat said menerajui dgn bnyk perubahan. sekiranya mb trg ditukar, infrastruktur yg dijalankan oleh mat said mungkin tergendala...
Post a Comment