Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dikatakan berbangga dan teruja apabila
melihat kain rentang yang disediakan mahasiswa Universiti Tekonolgi Malaysia
(UiTM) Kelantan ketika tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Cepa dua tiga lalu.
Mustafa Mohammad, pengerusi Umno
Kelantan, dua tiga ini melaporkan bahawa Umno akan memenangi 23 kerusi PRU 13
nanti.
Najib Tun Razak ketika berada di
Bachok berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam
apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil
petroleum.
Penulis setuju dengan kata kata Najib itu. Kenapa? Jawapannya dia akan bayaran royalty minyak Kelantan dan sudah tulis surat kepada MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Penulis setuju dengan kata kata Najib itu. Kenapa? Jawapannya dia akan bayaran royalty minyak Kelantan dan sudah tulis surat kepada MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Nik Aziz mengucap syukur dengan kata kata “Alhamdulillah”
ini atas berkat doa rakyat Kelantan.
Akan tetapi Datuk Husam Musa ragui
dengan apa yang dicakapkan oleh Najib. Apatah lagi dengan sepucuk surat. Kenapa?
Kerana sudah acapkali berjanji, tapi tak ditepati.
Najib kelihatan begitu gembira
dengan perkembangan terbaharu politik yang nisbah sokongan antara PAS dan
umno/BN pada nisbah 50-50.BN yakin dapat kembali kedah PRU 13 ini.
Inilah yang membuat Najib sangat gembira dan tabur janji nak bayaran wang royalti pada kerajaan Kelantan sesuai dengan slogan janji ditepati..
Ini memberi kenyakinan yang Kelantan
dapat dirampas semula pada PRU 13 nanti, disamping nisbah sokongan rakyat pada
umno/Bn pada tahap 54 peratus dan pembangkang 46 peratus yang mana putrjaya
tetap kekal.
Pada penulis atas sebab itu Najib
tulis surat kepada menteri Besar Kelantan untuk hamtar wakil dalam majlis
perbincangan jawatankhas pembayaran royalty minyak Kelantan.
Perdana Menteri ketika bercakap
didepan dua puluh ribu bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa
berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
Bukan setakat itu saja, malah disebut kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia,
Bukan setakat itu saja, malah disebut kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia,
Najib berulang kali menyebut kata
kata, kerajaan pusat sememangnya berlaku
adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman
politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.
Untuk menyakinkan rakyat Najib sebut lagi kata kata, Kita berlaku adil
kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja dia sebut bahawa ,Kita takut kepada
Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul
isu royalti minyak,
Kalau tak tipu dan tak berbohong
mengapa berdolak dalih hingga hari isu royalty minyak tidak ditepati sedangkan
itu adalah hak kerajaan Kelantan yang memerintah selama 22 tahun lebih itu
berdasarkan perjanjian khusus mengenai petrolium.
Yang paling tak munasabah lagi Najib
mahukan wakil untuk membincangkan pembayaran seorang yang tidak berpihak kepada
mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan.
Apa makna semua ini.Pasti inilah dalih
Najib.
3 comments:
dh2 la tuh kutuk najib..kalu dia cakap pun dia buat kan..y korg nk cr salah dia asal?aku bukan org yg tau politik..cm org biasa yg keje kebun..tp apa yg najib buat semuanye rakyat dpt senang jugak..x yah nk cr salh perdana menteri kita tuh..selama ni kerajaan jg yg banyk bg kita senang..senang pa,lu pikir la
letih la bl tgk byk org gila yg sk cr salah org lain..kalu najib janji pun,bkn x da yg ditepati..selama ni kerajaan yg bg keselesaan kt rakyat..bantuan dan mcm2 lg..sedar la oi..korg nk tgu org mcm mn tadbir malaysia ni ha br korg puas hati..
kalau keja kita cari salah org mmg camni la kejany. cuba kita positive lain jadiny. blogger pembangkang low class ingat kerajaan ni xde presudur ker nk bt sesuatu, igt kakitangan awan jabatan tu xde intigeriti ker. aku rasa ko ni standard broker jer. aku nampak pembangkang ni anggap kakitangan awam ni jahat, kerja mkn gaji buta n xikut undang2. wahai kakitangan awam ini lah sifat pemimpin pembangkang termasuk pengikutny.
Post a Comment