Wednesday, October 17, 2012

DAP tidak ganggu PAS?



Memang pun DAP tidak menganggu PAS, kerana Karpal Singh yang disebut oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa anti Islam itu adalah pengerusi DAP. Beliau bukan DAP. Oleh itu, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, DAP setakat hari ini tak pernah ganggu PAS.

Betul ke begitu? Ini bukan kata penulis, tetapi itu adalah kata kata Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan yang juga musyidul  Am PAS Malaysia ketika diminta mengulas isu yang dikatakan PAS lari daripada dasar perjuangan sebanar.

Jika benar begitu, bermakna PAS tiada musuh, sedang Presiden PAS sendiri pernah sebut PAS ada musuh sebagai ujian daripada Allah.Agar mustahil PAS tiada musuh sedangankan Rasulullah SAW sendiri mempunyai musuh keliling pingggang.

Adalah munasabah DAP tak ganggu PAS, sepertimana kata Datuk Nik Aziz itu. Yang ganggu PAS,Karpal Singh dan beberapa orang pemimpin DAP lain. Mereka bukan DAP. Mereka pemimpin dan Ahli parti tersebut.

 Hari jumaat 12 Oktober 2012  Datuk Seri Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS Malaysia ketika menyampaikan kuliah mingguan di masjid Rusila berkata, macam macam.

Penulis difahamkan bahawa macam macam yang disebut itu berkaitan rapat dengan musuh PAS. Memang musuh PAS tetap ada kerana ia adalah ujian kepada perjuangan Islam.

Katanaya lagi, musuh PAS terbahagi kepada dua. Musuh didalam dan musuh diluar. Musuh ini juga adalah ujian kepada PAS yang hendak mendaulatkan syariah Allah di Malaysia ini.

Apa yang dinyatakan oleh Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika di minta mengulas pandangan Shahnon Ahmad tempuh hari, PAS seolah olah tiada musuh, sedangkan Presiden sendiri mengatakan PAS ada musuh.

Datuk Dr. Harun Din, timbalan mursyidul Am PAS Malaysia, pernah berkata,ketika bentang kertas kerja dalam di Nadwah ulamak PAS pusat tidak lama dulu,berkata,  awas musuh dalam selimut, api dalam sekam.

Bukan setakat itu sahaja, malah beliau sebut awas munafik yang ada dalam parti. Ya tak ya juga. Kalau zaman Rasulullah SAW ada munafik, mustahil zaman jahiliah moden ini tiada musuh dan munafik dalam gerakan Islam.

Penulis tulis rencana ini, kerana ada orang PAS yang terkejut dengan tajuk berita muka depan SINARAN HARIAN Jumaat 12 Oktober 2012 yang di edar percuma kepada Jemaah masjid At Takwa Batu Enam untuk sama sama kita fikirkan. Renung renunglah.





No comments: