Tan Sri Profesor Unggul Dr. Mohd Kamal Hassan sedih dengan
Melayu yang berpecah belah kerana percaturan dan perbezaan politik.
Yang peliknya mengapa
apabila masuk usia 70 tahun baru merasai kesedihan. Pada hal Allah
melarang keras orang beriman berpecah.
Sebaliknya memerintah orang orang
beriman bersatu padu.
Apakah kita baru tahu percaturan dan perbezaan politiklah yang
membuat orang Melayu di Negara ini berpecah belah.sedangkan Islam melarang
orang beriman berpecah. Apath lagi memutusakan silaturahim.
Jika dilihat secara sepintas lalu semacam munasabah
perpechan orang Melayu berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik,
kerana ada parti politik yang memisahkan agama dengan arti kata islam suku
politik suku.
Sehubungan dengan itu, hari ini tidak kelihatan sebarang
tanda orang melayu akan bersatu, miskipun sesetengah mengatakan orang Melayu
akan bersatu semula suatu masa nanti jika keadaan terdesak.
Saya berani mengatakan orang melayu” dua beradik” yang
pernah bersatu dalam BN (1970) dan berpisah ini mahu bersatu kembali kerana
percaya bersatu itu kuat dan berpecah itu
lemah.
Yang paling pelik
kemahuan bersatu dua beradik ini bukan atas nama akidah, tetapi atas nama
bangsa yang sah sampai kucing tumbuk tanduk pun tidak akan mencapai
kejayaan.miskipin ada sesetnagh yakin mereka akan bersatu juga satu masa nanti.
Jika dahulu mereka bersatu dek 13 Mei. Apakah perlu 13 Mei
sekali lagi baru dua beradik ini bersatu semula.
Penulis sedih dengan pandangan Profesor unggul Dr Mohd Kamal
Hassan, kerana mengatakan perpecahan
orang melayu di Negara ini berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik
antara tiga beradik.
Sewajarnya abang tua kena tanya diri sendiri, disamping adik
yang mahu mendaulatkan Islam di Negara ini.
Sehubungan dengan itu, selama lamanya pembangkang (PAS)
dituduh penyebab melayu di Negara ini berpecah belah.Seolah olah adiknya yang
menjadi puncanya dan abang tidak bersalah sama sekali.
Buktinya, Tun Mahathir Mohamad sendiri baru baru ini
mengulangi dan mengatakan pembangkanglah punca orang Melayu berpecah, sedangkan
Pembangkang, PAS dan parti keadilan rakyat adalah serpihan umno.Pasal apa boleh
jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya.
Maka alangkah tidak benarnya pandangan Tan Sri Profesor
unggul Negara Dr Mohd Kamal Hassan yang mengatakan percaturan dan perbezaan
politik sebagai punca hakiki perpecahan orang melayu di Negara ini.
Penulis sekali lagi merasa sedih apabila Tan Sri Profesor
unggul Negara berkata demikian, kerana punca mutlak perpecahan Melayu di Negara
ini tidak lain dan tidak bukan berpunca
daripada akidah yang juga disebut dalam karya wasiatnya.
Kalau mereka tidak rosak akidah Islamiah sudah barang tentu tidak
berlaku perpecahan. Mana mungkin orang Melayu yang beriman (mukmin)memilih
untuk berpecah belah, sedangkan Allah melarang keras dan memerintah bersatu.
Sangat tidak lojik mereka bertindak seumpama itu. Atau mana mungkin mereka melanggar
perintah Allah dan Rasul SAW. Kecuali bagi mereka yang rosak akidahnya. Ikuti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang
siapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir”.(Kafir umat Islam).
Kajian yang dibuat 83 peratus orang melayu tak solat.
Bermakna 17 peratus saja yang kekal akidahnya. 83 peratus sudah jadi kafir yang
masih mengaku Islam.Yang sedihnya apa pendakwah yang mengatakan masa bujang, solat boleh lebih kurang.bermakna tak apa tak solat pun.
kita juga tidak lupa bahawa umat Islam terbahagi pada 73
puak. Hanya satu puak sahaja yang diterima pakai. Mereka yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.
Lebih lebih lagi Allah telah menyatakan, hendak kamu berpegang
teguh dengan tali Allah (akidah). Bermakna Jika tidak berpegang teguh dengan
tali Allah, pasti kacau bilau dibuatnya.
Kita lihat “ Kalau kamu orang orang yang beriman”.maksud firman
Allah ini harus dijadikan nas dan dalil dalil dan tidak harus dolah dalih lagi
jika mahu jadi kuat dan teguh.
Sejak dulu dan kini orang melayu ada yang jadi kafir dan
sikit saja yang kekal beriman. Jadi bagaimana mereka yang kafir boleh dan mahu bersatu
dengan orang orang yang beriman yang sudah tentu akan menjadi penghalang kepada
kegiatan mungkar para pemimpin yang rosak akidah.
No comments:
Post a Comment