Tajuk tulisan ini membuat iangatan penulis bahawa Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang
presiden PAS yang juga cuba membersihkan nama buruk Mahathir Mohamad.
Sedikit masa dahulu, Mahathir ketika mengkritik umno yang
diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi kedua dua pemimpin ini cuba sedayaupaya bersih nama busuk bekas perdana
menteri dengan ucapan
“Alhamdulillah” Mahathir sudah sedar dan insaf.
Perkataan “Alahamdulillah” tidak boleh diucapkan sebarangan,
kecuali pada suatu yang baik sahaja.Adalah suatu kesalahan (dosa) ucapan “Alhamdulillah” ditujukan pada perkara
yang buruk buruk.
Berdasarkan inilah penulis berani mengatakan dua orang tokok
kepimpinan Gerakan Islam pernah cuba membersihkan nama buruk Tun Mahathir yang
disebut Tony Pua, Mahathir sebagai sudah “nyayuk” di lobi parlimen baru
baru ini.
Penulis yakin gelaran nyayuk kepada Tun Mahathir suatu
senjata yang besar dan berkesan untuk menyelamatkan bekas perdana yang sedang
menjadi saksi Tun Ling Liong Sik yang
dituduh menipu cabinet membabit hilangnya wang yang begitu banyak.
Cuba anda bayangkan, saksi orang yang sudah nyayuk. Atau
seorang saksi yang sudah nyayuk. Macam mana nak pakai cakap cakap saksi yang
nyayuk.
Dalam islam orang nyayuk bebas dan tidak boleh diambil kira
akan segala yang dilakukan. Apatah lagi apa apa yang dicakapkan. Malahan mereka
yang nyayuk tidak berdosa dengan gerak laku yang salah.
Jika demikian sudah tentu segala hujah yang keluar dari
mulut mereka tidak boleh dipakai dan mahkamah tidak akan jadikan dalil ketika buat
keputusan.
Setakat hari ini peguambela Tun Dr Ling Liong Sik sudah
membuat permohonan untuk mengugurkan tuduhan terhadap bekas menteri
pengangkutan yang dikatakan jujur oleh Tun Mahathir itu.
Oleh sebab itu, pada penulis gelaran nyayuk yang jadi
kemarahan kebanyakan para pemimpin umno dan disenangi Tun Mahathir sendiri
sebagai usaha cuba selamatkan bekas perdana menteri yang banyak melakukan
kemungkaran sepanjang menerajui Malaysia.
No comments:
Post a Comment