Dalam Muktamar ke 58 di Putik Kota Bahru Kelantan tidak lama
dahulu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkata PAS tidak rugi.
Sebelum itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar
Kelantan yang juga mursyidul Am Pas Malaysia berkasta DAP tidak ganggu PAS.
Penulis boleh setuju bahawa PAS tidak rugi, kerana pada 1990
PAS menang dan memerintah semula Kelantan selepas 12 tahun jatuh ke tangan
umno/BN.
Pada tahun 1999 PAS menang dan memerintah Terengganu
selepas memerintah selama dua tahun empat bulan kerana undi tak
percayaan.
Pada tahun 2008 PAS menang dan memerintah Kedah atas
kerjasama dengan pakatan rakyat. Inilah untung yang dapat kita lihat.
Persoalan yang timbul apakah benar DAP tidak ganggu PAS
sepertimana dinyatakan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lama dahulu itu.
Penulis boleh setuju DAP tidak ganggu PAS apabila tidak
setuju dengan peraturan penjualan arak di Bangsal, kerana negeri Selangor
diperintah oleh Parti keadilan rakyat.
Akan tetapi bagaimana pula penentangan Karpal Singh terhadap
peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kota
Baharu.
Adakah tindakan Karpal Singh terhadap peraturan tersebut
bukan bererti DAP ganggu PAS, kerana MPKB bukan PAS dan Karpal bukan DAP.
Kini bukan sahaja telah mnenganggu pentadbiran MPKB, Atas
sebab itu jugalah kerajaan Kelantan telah memutuskan untuk menangguh peraturan
pengasiangan gender yang dilaksanakan selama ini.
2 comments:
takpa lah tangguh sat..hang kan reti kot...pas menang pru13 nanti pakat2 pikiaq len...
Suprie08 said,
Dalam rumahtangga, Seorang suami yang tunduk dan mengalah dengan isterinya digelar "dayus".
Orang dayus tak masuk syurga.
Begitulah beratnya seorang suami yang tunduk dan mengalah dengan isteri.
Adalah tunduk dan mengalah dibenarkan oleh Allah.
Kalau dibenarkan oleh mana mungkin orang dayus tak masuk syurga.
Saya boleh setuju jika zaman terhadap orang china atas nama peraturan pengasingan gender tidak cukup syarat.
Kalau tidak cukup syarat boleh ditangguhkan sepertimana Rasulullah SAW menangguhkan hukum hudud pada seorang perempuan yang mengaku berzina,
Ia ditangguhkan kerana perempuan itu sedang mengandung.
penangguhan peraturan pengasingan gender kelantan bukan tidak cukup syarat tetapi tunduk dan mengalah dengan DAP.
Dengan kata lain takut kalah dalam PRU 13, maka ia perlu ditangguh buat sementara waktu.
Post a Comment