Friday, December 7, 2012

MB, EXCO dan wakil rakyat dapat tender lebuhraya?




Tulisan penulis kali ini berdasarkan cakap cakap para perwakilan perhimpunan agung umno ke 66.

Cakap cakap para perwakilan ketika bahas itu dan bahas ini jelas dan nyata merupakan ampu dan puji atau dengan kata lain sokong membawa rebah.

Mengapa? Kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak presiden  mengingatkan  para pemimpin umno hendak rendah diri.

Bermakna semua para pemimpin umno “sombong”maka mahu tidak mahu untuk menang dalam PRU 13 kena bersikap rendah diri.

Yang sangat malang kebanyakan  mereka yang ada gelaran DR (PHD) turut mengampu dan puji bahawa para pemimpin umno  hidup senderhana. Tidak tunjuk kemewahan yang mereka memiliki.

Ada suara iitu dan ini, termasuk ada suara mengatakan perhimpunan agung umno ke 66 tiada perwakilan yang membahas ekonomi orang Melayu.

Penulis kata Macam mana nak bahas mengenai ekonomi orang melayu, sedangkan masing masing punya kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat. Pendek kata mengumpul harta semasa ada peluang adalah segala galanya.

Betul kah para pemimpin umno hari ini hidup senderhana, sedangkan presiden sendiri mengingatkan agar rendah diri untuk mencapai kemenangan PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa dari sekarang.

Penulis dapat maklumat dari sumber orang umno yang boleh dipercaya dan tidak dapat dinafikan bahawas apara pemimpin umno berlumba lumba mengumpulkan harta.

Pendek kata sehingga mereka tidak ada masa untuk mendekati rakyat, kerana sibuk membina rumah yang kosnya jutaan ringgit dan dihiasi 6 dan 10 buah kereta mewah yang berharga jutaan ringgit setiap sebuah

Kalau di Terengganu kita boleh Lihat kerakusan yang berlaku. Mustahil  di lain lain yang diperintah umno/BN tidak berlaku  apa yang berlaku di Terengganu.

Bukti bahawa lebuhraya pantai timur adalah lubuk Emas dan merupakan peluang para pemimpin umno jadi kayaraya serta hidup mewah dan sombong.

Apa tidaknya, menteri besar, exco dan wakil rakyat semua dapat tender Lebuh raya menerusi pakej pakej dengan harga tidak kurang RM50 juta dan  jual kepada tauke  masing masing.

Mereka Pakat baham duit sehingga tak ada masa lagi nak bahas pasal ekonomi orang Melayu dalam perhimpunan agung umno ke 66 .Apabila sudah kayaraya mana ada masa untuk bahas pasal ekonomi Melayu yang semakin hari semakin tersingkir.

Sudahlah kos asalnya RM10 juta satu kilometer.Naik jadi RM14 juta satu kilometer. Lepas itu naik lagi jadi RM20 juta satu kilometer.Dan kini naik lagi jadi RM27 juta satu kilometer.

Cuba anda bayangkan jika tender itu dijual sudah tentu  RM 7 juta satu kilometer dalam saku.
Kos asal lebuhraya pantai timur sepanjang 185 kilommeter sebanyak RM2.6 bilion, naik RM3.7 bilion. Kini naik jadi RM5 bilion.

Atas sebab itulah tiada perwakilan umno yang bahas pasal ekonomi orang dalam perhimpunan agung umno ke 66 yang akan berakhir petang ini. Lebih lebih lagi  mereka yang jadi perwakilan sudah habis masa dan sibuk untuk mengumpulkan harta.

Ini, apa yang berlaku di Terengganu, mustahil tak berlaku di lain lain negeri.

1 comment:

Anonymous said...

qtchq [url=http://www.drdrebeatscheapsales.com]cheap beats by dre[/url] pqiyni http://www.drdrebeatscheapsales.com gvha [url=http://www.drebeatsstudioheadphones.com]beats by dre sale[/url] kzxueq http://www.drebeatsstudioheadphones.com zqny [url=http://www.beatsdreheadphonesonsale.com]beats by dre sale[/url] rtexng http://www.beatsdreheadphonesonsale.com fkzkr [url=http://www.dreheadphonesonsales.com]monster beats[/url] wcscfn http://www.dreheadphonesonsales.com ajnlb [url=http://www.drdrebeatssales.com]dr dre beats[/url] ivkkv http://www.drdrebeatssales.com dgrtd [url=http://www.focsa.org.au/myreview/beatsbydre.phtml]beats by dre sale[/url] athgs http://www.focsa.org.au/myreview/beatsbydre.phtml jvb