Penulis terkejut apa mendengar perkataan yang berbunyi
:”ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW”.
Perkataan ini keluar dari mulut DR Danial Zainal Abidin
dalam rancangan Al Quran menjawap persoalan TV 9 pada pagi Selasa 18 .12. 2012.
Ayat tersebut, ialah
ayat 88 surah An Naml yang bermaksud: “ Dan engkau melihat gunug ganang, engkau
menyangkanya tetap beku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awam;
(demikianlah) perbuatan
Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu dengan
serapi rapi dan sebaik baiknya; sesungguhnya ia amat mendalam pengetahuaannya
akan apa yang kamu lakukan”.
Penulis tidak tahu apakah yang mendorong Dr Danial Zainal Abidin berkata
ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW.Atau penulis salah dengar. Akan tetapi, demikian yang penulis dengar
dengan telinga ini.
Barangkali atas sebab Rasulullah SAW bukan seorang sainstis
yang sainstifik berbanding manusia selepas zaman Rasulullah SAW disebut sebagai
pakar itu dan pakar ini, termasuk pakar dalam
bidang kajibumi yang ada kaitan dengan gunung ganang.
Betulkah begitu?
Jika betul alangkah malangnya orang zaman Rasulullah SAW,
sedangkan zaman Rasulullah SAW adalah zaman yang sangat sangat dan amat
memahami ayat ayat Allah miskipun Rasulullah SAW dan Sahabat saahabat bukan sainstis yang
sainstifik.
Mengapa saya kata begitu? Kerana mustahil Rasulullah SAW
tidak fahami apa yang telah diwahyukan kepadanya. Dan mustahil Rasulullah SAW
tidak memberitahu appa apa yang diberitahu oleh Allah melalui Jibril secara
langsung. Malah Rasulullah SAW diberitahu secara detil satu persatu.
Kalau tidak macam mana Islam boleh tersebar seluruh pelusuk
dunia bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini.
Hendak kata penulis salah dengar akan perkataan tersebut,
tak munsabah, kerana program TV 9 yang di hotkan oleh Dr Danial Zainal Abidin
sangat sangat diminati penulis. Lebih lebih lagi Program yang dihotkan beliau
begitu baik dan bermakna kepada umat islam di Negara ini.
Mana mungkin ayat ayat Allah tidak difahami dizaman
Rasulullah SAW. Jika manusia zaman nabi tidak memahami ayat Allah mana mungkin
mereka dilabelkan sebagai umat Islam tulen yang amat ber kualiti, tidak
sepertimana umat islam zaman sekarang yang dilebalkan sebagai umat Islam
jahiliah moden berkuantiti tapi tiada kualiti.
Ini menunjukkan manusia zaman Rasulullah SAW amat memahami
ayat ayat Allah termasuk ayat 88 surah An Naml yang berkaitan dengan gunug
ganang yang dinyatakan” hidup” dan bergerak macam bergeraknya Awam.
Yang peliknya Dr Danial Zainal Abidin boleh tahu dan percaya
akan usia bumi, sedangkan tidak dinyatakan di dalam Al Quran dan hadis.
Bermakna beliau lebih percaya dengan kajian yang dibuat oleh manusia kafir berbanding dengan Rasulullah SAW yang menerima
wahyu Allah yang tiada sebarang keraguan apa apa yang terkandung di Al Quran
itu.
5 comments:
Maksud yg tidak difahami itu ialah dari konteks fahaman geologi yang mana ilmu ini belum lagi berkembang di zaman Rasullullah SAW. Mereka hanya memahami dari segi zahir sahaja. Itulah yang dinamakan Al-Quran mukjizat sepanjang zaman. Seperti ayat 19-20 surah Al-Rahman menceritkan berkenaan dua laut sejuk dan panas tidak bercantum. Pada zaman nabi sahabat hanya memahami secara zahir sahaja, namun setelas saintis meneroka launtan barulah mereka memahami lebih mendalam.
Wahai Penulis, usahlah nak pertikai apa yang diucapkan oleh Dr Danial.Beliau adal ah seorang wahabi berguru dengan Ustaz Zamzam diAir Itam, Penang. Ana tahu sejarah mereka
ostad umeno.
anda betoi...lijitra
saya pernah dengar dia baca khutbah di masjid sg ara, penang.
dia pernah pertikai cara orang berzikir dgn hanya melihat...tetapi tak pergi tegur orang itu kalau salah. Mungkin orang tu betul.
sekian, wassalam.
Zaman AlQuran diturunkan adalah zaman sami'na wa ata'na (kami dengar dan kami taat)... tak banyak soal...
Berbeza dengan kaum yahudi yang keimanan mereka berdasarkan 'seeing is believing' macam zaman sekarang ni... nak ada saintis/ilmuwan cakap baru percayakan Islam.
Saintis Islam dahulu pula buat kajian bukan sebab nak cari kebenaran atau nak sahkan AlQuran tapi sebab kefahaman terhadap AlQuran tu sendiri buat mereka jadi begitu melalui kalimah2 'apakah kamu tidak berfikir', 'apakah kamu tidak mengetahui' dsb... mereka sebenarnya melaksanakan tuntutan AlQuran. Sebab itu, hasil karya mereka tidak dinamakan atas nama mereka sebab ilmu itu milik Allah bukan seperti saintis barat setiap penemuan diletakkan nama mereka.
Post a Comment