Wednesday, December 26, 2012

Dr. Danial, betulkah begitu




Penulis terkejut apa mendengar perkataan yang berbunyi :”ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW”.

Perkataan ini keluar dari mulut DR Danial Zainal Abidin dalam rancangan Al Quran menjawap persoalan TV 9 pada pagi Selasa 18 .12. 2012.

Ayat  tersebut, ialah ayat 88 surah An Naml yang bermaksud: “ Dan engkau melihat gunug ganang, engkau menyangkanya tetap beku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awam; (demikianlah) perbuatan 
Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu dengan serapi rapi dan sebaik baiknya; sesungguhnya ia amat mendalam pengetahuaannya akan apa yang kamu lakukan”.

Penulis tidak tahu apakah yang  mendorong Dr Danial Zainal Abidin berkata ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW.Atau penulis salah dengar.  Akan tetapi, demikian yang penulis dengar dengan telinga ini.

Barangkali atas sebab Rasulullah SAW bukan seorang sainstis yang sainstifik berbanding manusia selepas zaman Rasulullah SAW disebut sebagai pakar itu dan pakar ini, termasuk pakar  dalam bidang kajibumi yang ada kaitan dengan gunung ganang.

Betulkah begitu?

Jika betul alangkah malangnya orang zaman Rasulullah SAW, sedangkan zaman Rasulullah SAW adalah zaman yang sangat sangat dan amat memahami ayat ayat Allah miskipun Rasulullah  SAW dan Sahabat saahabat bukan sainstis yang sainstifik.

Mengapa saya kata begitu? Kerana mustahil Rasulullah SAW tidak fahami apa yang telah diwahyukan kepadanya. Dan mustahil Rasulullah SAW tidak memberitahu appa apa yang  diberitahu oleh Allah melalui Jibril secara langsung. Malah Rasulullah SAW diberitahu secara detil satu persatu.

Kalau tidak macam mana Islam boleh tersebar seluruh pelusuk dunia bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini.

Hendak kata penulis salah dengar akan perkataan tersebut, tak munsabah, kerana program TV 9 yang di hotkan oleh Dr Danial Zainal Abidin sangat sangat diminati penulis. Lebih lebih lagi Program yang dihotkan beliau begitu baik dan bermakna kepada umat islam di Negara ini.

Mana mungkin ayat ayat Allah tidak difahami dizaman Rasulullah SAW. Jika manusia zaman nabi tidak memahami ayat Allah mana mungkin mereka dilabelkan sebagai umat Islam tulen yang amat ber kualiti, tidak sepertimana umat islam zaman sekarang yang dilebalkan sebagai umat Islam jahiliah moden berkuantiti tapi tiada kualiti.

Ini menunjukkan manusia zaman Rasulullah SAW amat memahami ayat ayat Allah termasuk ayat 88 surah An Naml yang berkaitan dengan gunug ganang yang dinyatakan” hidup” dan bergerak macam bergeraknya Awam.

Yang peliknya Dr Danial Zainal Abidin boleh tahu dan percaya akan usia bumi, sedangkan tidak dinyatakan di dalam Al Quran dan hadis. Bermakna beliau lebih percaya dengan kajian yang dibuat oleh manusia  kafir berbanding dengan Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah yang tiada sebarang keraguan apa apa yang terkandung di Al Quran itu.


8 comments:

Anonymous said...

Maksud yg tidak difahami itu ialah dari konteks fahaman geologi yang mana ilmu ini belum lagi berkembang di zaman Rasullullah SAW. Mereka hanya memahami dari segi zahir sahaja. Itulah yang dinamakan Al-Quran mukjizat sepanjang zaman. Seperti ayat 19-20 surah Al-Rahman menceritkan berkenaan dua laut sejuk dan panas tidak bercantum. Pada zaman nabi sahabat hanya memahami secara zahir sahaja, namun setelas saintis meneroka launtan barulah mereka memahami lebih mendalam.

Anonymous said...

Wahai Penulis, usahlah nak pertikai apa yang diucapkan oleh Dr Danial.Beliau adal ah seorang wahabi berguru dengan Ustaz Zamzam diAir Itam, Penang. Ana tahu sejarah mereka

lijitra said...

ostad umeno.

mamak penang said...

anda betoi...lijitra
saya pernah dengar dia baca khutbah di masjid sg ara, penang.
dia pernah pertikai cara orang berzikir dgn hanya melihat...tetapi tak pergi tegur orang itu kalau salah. Mungkin orang tu betul.
sekian, wassalam.

farid said...

Zaman AlQuran diturunkan adalah zaman sami'na wa ata'na (kami dengar dan kami taat)... tak banyak soal...
Berbeza dengan kaum yahudi yang keimanan mereka berdasarkan 'seeing is believing' macam zaman sekarang ni... nak ada saintis/ilmuwan cakap baru percayakan Islam.
Saintis Islam dahulu pula buat kajian bukan sebab nak cari kebenaran atau nak sahkan AlQuran tapi sebab kefahaman terhadap AlQuran tu sendiri buat mereka jadi begitu melalui kalimah2 'apakah kamu tidak berfikir', 'apakah kamu tidak mengetahui' dsb... mereka sebenarnya melaksanakan tuntutan AlQuran. Sebab itu, hasil karya mereka tidak dinamakan atas nama mereka sebab ilmu itu milik Allah bukan seperti saintis barat setiap penemuan diletakkan nama mereka.

Abu Bakar A Majid said...

Di Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W. Di Lembah Uranah, Gunung 'Arafah pada 9 Zulhijjah tahun 10H, di perenggan terakhir Khutbah itu, Nabi Muhammad bersabda:

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Sabda ini bermaksud, Nabi meminta para hadirin yang mendengar Khutbah supaya menyampaikan penyampaian baginda itu kepada mereka-mereka yang tiada disitu, seterusnya dan seterusnya disampaikan kepada keturunan yang seterusnya, hinggalah keturunan yang terakhir menerimanya semoga mereka ini lebih memahami sabda baginda itu daripada mereka yang mendengar secara terus daripada baginda pada ketika itu. The later generation would have better understanding of the final khutbah than those that were present at that occasion in Arafah.

Contohnya, masyarakat Makkah pada zaman itu tidak akan memahamai dan terlintas diakal mereka akan tidak mustahilnya perjalanan Nabi mengenai Israk & Mikraj, tetapi pada zaman kita faham pantasnya kapal terbang dan roket, maka Allah S.W.T. membuat perkara yang lebih laju dari itu.Itu yang dr Danial cuba terangkan. Wallahualam bissawab.

Anonymous said...

orang-orang pada zaman Nabi SAW mungkin tidak memahami ayat tersebut tetapi mereka beriman dengan ayat tersebut.mungkin Allah tidak menunjukkan di depan mata pada masa itu tetapi Allah membuka maksud ayat tersebut untuk orang sekarang seperti kita berdasarkan peredaran zaman dan teknologi dengan izin Allah jua.

begitu juga ayat di bawah ini:

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar) (Surah An-Nur 24: Ayat 40)

ayat ini diturunkan di tempat padang pasir yang gersang tanpa ombak dan sungai tetapi umat islam tetap beriman dengan ayat tersebut.hari ini,saintis sudah berjaya menemukan maksud ayat tersebut berdasarkan peredaran zaman dan teknologi dengan izin Allah jua.

harap saya dan anda dapat sedikit pencerahan.tq.

Anonymous said...

setahun baru gue komen huhu...

mana bleh sahabat x paham.. sahabat la yang paling paham..

Saidina Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda sesungguhnya Allah S.W.T memuliakan ramai orang melalui kitab ini dan Allah S.W.T menghinakan ramai orang dengannya [Riwayat Muslim]

Pastu

dia menyesatkan kebanyakan orang dengan kitab ini dan memberi petunjuk kepada kebanyakan orang dengan kitab ini.. al Baqarah:26

patu

dan kami menurunkan seara beransur ansur daripada ayat ayat suci alQuran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya alQuran tidak menambahkan untuk orang yang zalim melainkan kerugian jua.. al Isra:82

lagi.. Ulama Tafsir telah menggariskan 15 jurusan ilmu yang MESTI dikuasai untuk mentafsirkan alQuran..
ringkas..
1] ilmu Lughah
2] ilmu Nahu
3] ilmu Sorof
4] ilmu Isytiqaq
5] ilmu Ma'ani
6] ilmu Bayan
7] ilmu Badi'
8] ilmu Qiraat
9] ilmu 'Aqidah
10] ilmu Usul Fiqh
11] ilmu Asbab un-nuzul
12] ilmu 'Nasikh Mansukh'
13] ilmu Fikah (furu')
14] ilmu Hadith
15] ilmu Mauhub

Ibnu Abi Dunya rahmatullah berkata..
tafsiran dari seseorang yang tidak benar benar mahir dalam ilmu ilmu itu adalah termasuk dalam 'at-tafsir bir-ra'yi' tafsir dengan fikiran sendiri.. tafsir yang ditegah oleh syarak..

dalam kitab (Kimiyai Sa'adat)Bahawa tafsir alQuran tidak boleh dilakukan oleh tiga jenis orang..

1] seseorang yang tidak mahir dalam bahasa 'Arab.
2] seorang yang berkekalan mengerjakan mana-mana dosa besar atau orang yang membuat perkara perkara bidaah. Ini adalah kerana dosa dan amalan bidaah itu akan menghitamkan hatinya yang menyebabkan dia tidak mampu memahami alQuran/
3] seorang yang yakin kepada sesuatu alasan zahir dalam hal-hal aqidah. Perasaannya tidak dapat menerima apabila dia membaca ayat alQuran yang bertentangan dengan keyakinannya itu.Orang yang sedemikian pun tidak dapat memahami alQuran.

Ya Allah, peliharalah kami daripada mereka..

Para sahabat adalah golongan yang sangat memahami alQuran..
kita mungkin mengetahui makna-makna alQuran mengetahui sesuatu dengan terjemahan dari bahasa kepada bahasa tetapi untuk kefahaman terlalu jauh dari sahabat walaupun seluruh saintis berkumpul engineer semua kita tidak akan faham seperti kefahaman sahabat..

kita sekadar TAHU..

Perintahkanlah keluargamu bersolah dan bersabarlah dalam mengerjakan solah. kami tidak meminta rezeki daripada kamu. sesungguhnya kami yang memberi rezeki kepada kamu. dan balaan baik adalah bagi orang yang bertakwa. (Taha: 132)

apa yang kita faham dari ayat tu?
adakah kita sekadar MENGETAHUI atau MEMAHAMI?

Sesungguhnya yang memakmurkan masjid masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat. atTaubah:18

apa yang kita faham dari ayat tu?
adakah kita sekadar MENGETAHUI atau MEMAHAMI?

Maka kecelakaan bear bagi orang yang bersolah iaitu mereka yang lalai daripada menyempurnakan solah mereka (serta) orang yang ria' ( menunjuk nunjuk dalam ibadatnya)) alMakmun;4-6

apa yang kita faham dari ayat tu?
adakah kita sekadar MENGETAHUI atau MEMAHAMI?

bagaimana untuk kita ukur kefahaman kita ialah perkara itu bertukar menjadi 'AMAL
keyakinan kita bertambah keimanan kita pada Allah meningkat..

selagi kita tidak usahakan kehidupan kita macam sahabat mustahil kefahaman sahabat akan wujud dalam diri kita seluruh umat islam hari ini..

Rasulullah s.a.w israk miqraj pulang dan abu bakar cakap YA BENAR...
mana ada saintis..

siapa kita ngan sahabat..

semoga apa yang kita baca kita tulis ni diterima oleh Allah dan Allah bagi kita semua kefahaman Agama dan Semoga Allah lindungi kita semua dari sesat didalam Agama.. semua kesalahan saya ni tegurla maafkan atas kejahilan saya..