Tuesday, February 12, 2013

Mahahtir dan Najib berganding bahu



Apabila perasaan takut menghantui  diri Tun Mahathir bekas perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu Malaysia macam macam dicakapkan.

Maklum sahaja orang ada penyakit.

Dua tiga hari ini, Tun Mahathir cakap Anwar akan buat macam Arab spring  di Malaysia jika kalah untuk jatuhkan kerajaan pilihan rakyat.

Manakala Najib pula meminta Anwar jangan buat huru hara macam huru hara di Mesir dan terimalah keputusan kekalahan PRU 13.

Cakap Tun Mahathir dan Najib selari iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menakut nakutkan rakyat jelata dengan harapan jangan undi pakatan rakyat.

Yang peliknya, mengapa mereka tidak percaya dengan usaha membeli undi rakyat jelata yang telah, dilakukan itu.

Tidak munasabah 4 juta rakyat yang dibeli undi dengan pelbagai pakej tak undi umno/BN dan  undi pakatan rakyat PRU 13 ini.

Tak semua, jika 50 peratus yang undinya dibeli oleh kerajaan umno/BN sudah cukup untuk  umno/BN menang bergaya.

Oleh itu, jangan takutlah wahai Tun Mahahtir. Jangan takutlah wahai Datuk Seri Mohd Najib. Malaysia masih dalam gengaman umno/BN pada PRU 13 nanti.

Jika umno/BN kalah pun kamu berdua masih selamat, kerana Datuk Anwar Ibrahim sudah beri jaminan yang dia tidak akan balas dendam. Percayalah.

Sudah banyak kali disebut, yang dia tidak akan balas dendam miskipun ada suara suara yang tidak setuju dengan kenyataan seumpama itu.

Apa guna berdendam, hidup didunia ini tidak lama dan semantara sahaja. Yang harus diutamakan hidup diakhirat yang kekal abadi sama didalam neraka dan syurga.

Ada duit ratusan billion pun tak guna juga diatas bumi Allah. Jika duit itu dikumpul secara batil, ditu itu akan jadi bahan api neraka untuk membakar pemiliknya.

Maka jangan takutlah wahai Tun Mahatir dan Datuk Seri Mohd Najib  Umno/BN masih menang boleh memerintah lagi Negara ini. Buatlah apa yang patut, suatu masa nanti akan tahulah langit ini tinggi ke rendah.  


No comments: