Mengapa jadi macam itu. Datuk Nasir Ibrahim Fikri kan nak
jadi Menteri Besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.
Jika namanya tiada dalam senarai calon untuk bertanding
dalam PRU 13 macam mana nak jadi menteri besar.
Katanya, beliau akan bertanding Dun Bukit Tunggal kalau nak
jadi menteri besar. Sebut sahaja yang dia akan betanding DUN Bukit Tunggal,
Haji Ismail Nik dengan lantang mengatakan, ini dia wakil rakyat Bukit Tunggal
Dengar kata kata itu, mengambarkan yang Nasir ini tidak akan
dibenarkan untuk bertnding di dun Bukit tunggal miskipun pernah menang PRU 11 (2004).
Sinar Harian Khamis (31 Januri 2013) nyatakan cantas
mencantas berlaku di DUN Sebarang Takir. Siapa yang dicantas dan siapa pula
yang mencantasnya.
Oleh kerana Nasirnamanya tiada dalam senarai calon PRU 13
nanti, maka dia akan cantas Razif Abdul Rahman yang dikatakan sudah kayaraya.
Rasa pelik juga, macam mana nama beliau tidak tersenarai
sedangkan beliau, ketua Umno bahagian Kuala Nerus. Bagaimana namanya boleh
tercicir.
Atas nama yang dia sudah kayaraya maka tak payah lagilah
bertanding PRU 13 ini. Kalau tak mahu turun juga kenalah dicantas agar Nasir dapat bertanding
jugak, hatta namanya sudah tiada dalam senarai calon.
Kata salah seorang wanita umno Batu Raki, Nasir juga sudah
kayaraya wajar undur diri beri peluang kepada orang lain pula untuk buat harta.
Kita sedia maklum sesiapa yang boleh jadi calon dan menang
dalam PRU sudah tentu akan jadi orang kaya baru.
Bayangkan baru satu penggal jadi wakil rakyat, ada dua tiga
empat buah kereta dan dapat bina rumah yang berharga jutaan ringgit.
Atas sebab itulah mereka berebut rebut untuk jadi calon
kerana ada cam jadi kayaraya dapat pelbagai projek yang mahal mahal belaka.
Cerita yang penulis dengar, Nasir akan bertanding di DUN
Sebarang Takir dan Razif Abdul Rahman akan diberi bertanding Parlimen Kuala
Nerus.
Dibuat begitu agar cerita cantas mencantas yang tersebar itu
tidak menjejaskan nama baik Nasir yang mati matian macam gila nak jawatan menteri
besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment