Tuesday, February 19, 2013

Profesional Melayu benci umno?




Antaranya ialah daripada seorang pakar bedah Melayu yang bermastautin di Silicon Valley California, Dr Bakri Musa.

Beliau menulis mengenai masa depan Melayu dalam blognya. Dia memberi pandangan pilihan kali ini ialah antara suatu pihak yang sudah monyok, tua dan kebangsatan modal dengan pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.

Sesetengah tidak setuju dengan gelaran pada umno dan tidak setuju juga gelaran monyok dan gelaran cekap  diberi kepada pakatan rakyat. Malahan sesetengah mentempelak kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu.

Bagaimana pula dengan umno yang memerintah lebih 50 tahun itu yang realitinya Melayu tersingkir di negara sendiri.

Kerajaan PAS Kedah, kerajaan DAP pulau Pinang dan keadilan Selangor dianggap sangat tidak cekap sehingga banyak perkara tidak dapat diselesaikan.

Maka PRU 13 yang bakal diadakan Mac 2013 depan akan berlaku pertarungan sengit antara umno dan Pakatan Rakyat.

Umno dianggap pihak sudah monyok, tua dan kebangsatan modal. Manakala Pakatan rakyat dianggap pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.

Oleh itu. Bolehlah kita buat kesimpulan umno parti yang monyok, tua dan bangsat modal akan kalah dalam pertarungan dua penjuru dan pakatan rakyat parti yang cekap, muda dan tunas baru akan memerintah negara.

Sememangnya parti umno sudah tua. Ada yang tua tetapi masih gagah macam Tun Mahahtir Mohamad dan Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat masih proaktif dalam arena politik.

Sesungguhnya pakatan rakyat parti yang dikatakan cekap, muda dan bertunas baru miskipun ada orang tua sebagai pucuk kepemimpinan berkeyakinan boleh memerintah lebih baik dan cekap berbanding umno/BN.

No comments: