Soal siapakah yang akan bertanding di DUN Telemung menjadi
semakin kalut. Demikian di DUN Ajil Milik Datuk Rasul Wahid.
Penulis ada dengar perkataan “langkah mayat aku dulu”
menjadi buah mulut kebanyakan penyokong Datuk Rasul Wahid. Manakala orang Datuk
Seri Ahmad said mahu calon lain bertanding di DUN Ajil PRU 13 nanti.
Demikian desas desus yang bertiup kencang dua minggu ini.
Apa pun Datuk Tengku Putera Awang menuntut kerusi tersebut kerana kerusi Dun
Telemung hanya dipinjam kepada Cik Gu Rozi pada PRU 12 lepas.
Sekarang Tengku Putera Awang dikatakan akan mengambil balik
kerusi DUN itu PRU 13 nanti miskipun enggan diserahkan oleh Cik Gu Rozi PRU 13
ini.
Dikatakan antara mereka sama keras. Tengku tetap berkeras
untuk mengambil balik semula kerusi yang dipinjamkan itu. Manakala Cik gu Rozi
tetap enggan serah balik dan mahu bertanding juga.
Setakat hari ini kedua dua DUN berkenaan masih belum selesai
ssiapakah calonnya.
Ahmad Said pengerusi perhubungan umno Terengganu dikatakan
akan meletakkan Tengku Putera Awang , kerana
Yang di pertua dewan undangan negeri Terengganu antara orang yang serasi
dengannya.
Bising dan soseh soseh pasal calon kedua dua DUN tersebut
belum reda, malahan berlaku krisis yang berlanjutan dek Rozi dan Tengku putera
tetap berkeras satu sama lain.
Rasul Wahid tidak akan berganjak dengan
pendirianya yang “aku tetap mahu bertanding lagi”.dan “aku tidak akan menyerah
kalah”
Alasan yang diberikan PRU 10 kebanyakan calon lain termasuk
menteri besar Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad
kalah di Dun Cukai, akan tetapi dia (Rasul Wahid) masih menang dan menjadi
calon mencipta rekod yang tidak pernah kalah setakat ini.
No comments:
Post a Comment