Sunday, January 20, 2013

Pengundi citarasa penentu kalah/menang BN dan PR




Penulis sungguh tertarik dengan ramalan beberapa orang penganalisa politik tanah Air  yang mengatakan umno/BN menang tipis PRU 13 nanti.

Sesetengah mengatakan  parti Pakatan rakyat yang akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 yang dikatakan akan diadakan pada 23 mac 2013.

 Barisan Nasional (BN) yakin dan percaya partinya boleh menang mudah berdasarkan pengundi citarasa masih memihak pada kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun ini.

Pucuk kepimpinan BN yakin dan percaya atas sebab penungi citarasa disamping pengundi rasional yang yang walaupun sudah berbelah bahagi sokongannya, tetapi masih ada harapan untuk menang dan memerintah.

BN yakin dan percaya  bantuan RM500 kepada isu rumah, RM 250 kepada orang bujang dan RM 100 kepada semua pelajar seluruh Negara yang sudah pun dibayar mula sekarang dapat meraih undi untuk menang.

Sesetengah mengatakan DAPlah yang mendapat untung dalam PRU 13 nanti.Penulis boleh setuju, kerana orang china walaupun mereka ada dalam MCA dan parti GERAKN, tetapi mereka PRU 13 nanti solid untuk DAP disamping undi Melayu di parlimen parlimen yang  ia bertanding.

Itulah politik orang China. Berbeza dengan politik orang Melayu, kerana orang melayu jumlahnya ramai yang menjadi pengundi citarasa berbanding pengundi rasional.

Pengundi citarasa (melayu) tidak pernah kisah nasib bangsa mereka. Hal ini dapat kita lihat betapa pucuk kepimpinan Melayu  umno yang dasar asalnya membela bangsa, agama dan Negara sudah lama dikhianati.

Apatah lagi pengundi citasa (melayu) yang pernah ambil kisah langsung siapakah yang memerintah asalkan mereka dapat apa mereka hajati dari pihak pemerintah.

Atas sebab itulah UMNO/BN tidak pernah bimbang dan takut dengan perkembangan politik termasuk himpunan kebangkitan rakyat  yang diadakan PR di Stadium Merdeka baru baru ini.

Pada hemat penulis, PAS akanm,enjadi mangsa, kerana sokongan pengundi  rasional sudah berbelah bahagi atas banyak sebab, termasuk isu  sensiitif “salahfaham” boleh dan tak boleh, termasuk isu pengggunaan kalimah Allah.

Salahfaham ini berlarutan dek pendapat umum yang dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan tiada halangan penggunaan kalimah Allah pada orang kafir.,tanpa melihat tuntutan “khususiah” Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu yang akan diterjemahkan khusus untuk orang Melayu.

Mujur Syura ulama PAS faham bahawa kalimah Allah akan disalahgunakan dalam penerbitan Bible versi bahasa Melayu tersebut, lantas membuat ketetapan dan memutusan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bercanggah dan salah, kerana bible bukan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa. A.S.

Penulis percaya antara pemimpin PAS salah faham antara “penggunaan” dan “sebutan” sepertimana yang dinyatakan oleh presiden PAS berdalilkan ayat Allah ayat 64 surah Ali- Imran.





No comments: