Monday, January 7, 2013

Betulkah amanat hadi bercanggah dengan ajaran Islam




Penulis boleh setuju dengan majlis fatwa kebangsaan Negara ini bahawa “amanat hadi” bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengapa penulis boleh setuju dengan majlis fatwa kebangsaan Negara ini. Kerana Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS yang jelas dan nyata bukan satu puak dengan pihak kerajaan yang memerintah.

Puak pemerintah punya fahaman yang berbeza dengan puak PAS yang jelas dan nyata mahu melaksanakan undang undang Islam di Negara ini. Manakala puak pemerintah sedia ada tidak mahu melaksanakan syariah Allah.

Atas sebab itulah mereka berbeza, tetapi kita kena ingat Islam tetap Islam sepertimana yang diajar Rasulullah SAW. Ia bukan fikiran manusia, baik pasal batas batas iman dan kufur seseorang yang menganuti agama Islam.

Perkara ini dinyata dan dijelaskan olej Allah dalam Al Quran yang bermaksud: Pagi Islam, petang kafir dan petang Islam pagi kafir.

Mengapa boleh jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya. Ini telah dijelaskan dalam banyak hadis, termasuk hadis yang terkandung dalam kitab MASTIKA hadis terbitan Jabatan perdana menteri.

Persoalan yang timbul mengapa Allah menyatakan demikian. Ini tidak lain dan tidak bukan bahawa manusia yang diciptaNya ada yang menjadi kafir waktu pagi dan menjadi islam  waktu petang dan menjadi islam waktu pagi dan menjadi kafir waktu petang.

Ini bererti batas batas iman dan kufur boleh berlaku secara automatik pada manusia yang bernama umat Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai  umatku.umatku, umatku.

Umatku ini dinyata dan dijelaskan oleh Rasulullah SAW terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima keisalamannya iaitu yang ikutNya.

Bermakna 72 puak lagi ditolak keislamannya atas sebab enggan melaksanakan segala perintah dan larangan yang disebut oleh para ulamak sebagai “zalim”. Apatah lagi mereka yang mengamalkan politik suku, agama suku sepertimana dinayatakan Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 dulu.







1 comment:

Anonymous said...

Takde maknanya masyarakat bersatu padu tapu kufur terhadap Allah, lebih baik masyarakat itu berpecah kepada yg beriman dan kufur dan mendapat keredhaan Allah