Penulis boleh setuju dengan majlis fatwa kebangsaan Negara
ini bahawa “amanat hadi” bercanggah dengan ajaran Islam.
Mengapa penulis boleh setuju dengan majlis fatwa kebangsaan
Negara ini. Kerana Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presiden PAS yang jelas
dan nyata bukan satu puak dengan pihak kerajaan yang memerintah.
Puak pemerintah punya fahaman yang berbeza dengan puak PAS
yang jelas dan nyata mahu melaksanakan undang undang Islam di Negara ini.
Manakala puak pemerintah sedia ada tidak mahu melaksanakan syariah Allah.
Atas sebab itulah mereka berbeza, tetapi kita kena ingat
Islam tetap Islam sepertimana yang diajar Rasulullah SAW. Ia bukan fikiran
manusia, baik pasal batas batas iman dan kufur seseorang yang menganuti agama
Islam.
Perkara ini dinyata dan dijelaskan olej Allah dalam Al Quran
yang bermaksud: Pagi Islam, petang kafir dan petang Islam pagi kafir.
Mengapa boleh jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya. Ini
telah dijelaskan dalam banyak hadis, termasuk hadis yang terkandung dalam kitab
MASTIKA hadis terbitan Jabatan perdana menteri.
Persoalan yang timbul mengapa Allah menyatakan demikian. Ini
tidak lain dan tidak bukan bahawa manusia yang diciptaNya ada yang menjadi
kafir waktu pagi dan menjadi islam waktu
petang dan menjadi islam waktu pagi dan menjadi kafir waktu petang.
Ini bererti batas batas iman dan kufur boleh berlaku secara automatik
pada manusia yang bernama umat Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai umatku.umatku, umatku.
Umatku ini dinyata dan dijelaskan oleh Rasulullah SAW
terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima keisalamannya
iaitu yang ikutNya.
Bermakna 72 puak lagi ditolak keislamannya atas sebab enggan
melaksanakan segala perintah dan larangan yang disebut oleh para ulamak sebagai
“zalim”. Apatah lagi mereka yang mengamalkan politik suku, agama suku
sepertimana dinayatakan Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 1981 dulu.
1 comment:
Takde maknanya masyarakat bersatu padu tapu kufur terhadap Allah, lebih baik masyarakat itu berpecah kepada yg beriman dan kufur dan mendapat keredhaan Allah
Post a Comment