Thursday, January 24, 2013

Jelas dan nyata umno pengkhianat


Memang sah umno adalah pengkhianat kepada bangsa, agama dan Negara. Buktinya telah didedahkan Tun Dr Mahathir Muhamad ketika bercakap di Permantang Pauh Pulau Pinang.

Tun Dr Mahathir Mohammad membuat pengakuan itu, mengatakan Melayu berkorban dan banyak menyerahkan hak melayu demi perpaduan dan keharmonian.

Perkara ini juga pernah disebut Tengku Razaliegh Hamzah lama dahulu bahawa umno adalah pengkhianat.Lebal umno pengkhianat sangat tidak disenangi pucuk kepimpinan seluruh Negara.

Mengapa tidak. Tidak ada seorang manusia yang hidup diatas muka bumi ini yang sanggup menerima label seumpama itu, miskipun mereka adalah seorang pengkhianat.

Persoalan yang timbul sekarang seolah olah semua orang Melayu terbabit dengan usaha umno mengkhianati bangsa , agama dan Negara.

Yang peliknya mereka yang terbabit tak rasa berdosa dan bersalah setelah diberi amanah dan pengkhianati amanah.

Penulis tidak setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan Melayu banyak serah haknya kepada orang asing membabit semua melayu.

Sangat tidak wajar semua Melayu terbabit dengan pengkhinatan yang dilakukan umno sepanjang memerintah Negara ini.

Kerana  melayu terbagai kepada dua golongan. Satu yang jadi ahli dan penyokong umno satu golongan. Manakala Melayu ahli  dan penyokong PAS satu golongan yang  mustahil terbabit dengan kerja jahat itu.

Kejahatan itu  membuat rakyat melayu terpinggir dan hilang segala galanya dan pemimpin Negara jadi kayaraya kumpul harta, Macam Tun Dr Mahathir yang dikatakan memiliki harta sejumlah RM 146 bilion sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu.



No comments: