Sangat tidak wajar penulis masuk campur dalam kes pelantikan
Menteri Besar Selangor yang seolah olah ada benda yang tidak kena.
Penulis tidak tahu siapakah yang punya angkara apabila nama
Tan Sri Khalid Ibrahim dipertikaikan sedemikian rupa.
Apakah kesilapan yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Khalid
Ibrahim sehingga nama miskipun telah diwatikahkan pelantikannya serta mendapat
restu Al Sultan.
Barangkali ada yang tahu, cuma penulis sahaja yang tidak
tahu apakah yang tersurat dan yang tersirat sebelum ini.
Yang penulis tahu sikit dikatakan Khalid Ibrahim dengan
Khalid Ibrahimnya dn Azmin Ali dengan Azmin Alinya.
Yang peliknya mengapa boleh jadi begitu. Hendak Azmin Ali
gilakan jawatan menteri besar, katanya dia memang tidak berniat untuk dilantik
sebagai menteri Besar.
Kalau begitu, mengapa tidak setuju dengan nama Khalid
Ibrahim yang sudah sangat berjasa pada Pakatan Rakyat, miskipun hilang beberapa
kerusi yang di menangi pada PRU 12 (3008).
Khalid Ibrahim mengaku dia tidak pandai politik, tetapi
pandai cari duit.Azmin Ali mungkin pandai politik tetapi tak pandai cari duit.
Penulis sudah sebut adalah sangat tidak pwajar penulis masuk
campur dalam perkara pelantikan menteri besar Selangor.
Tetapi sebagai penulis yang ikut perkembangan politik
tanahair, terutama sekali pada Pakatan rakyat yang sering sahaja bergelora ini
kena dengar juga pandangan orang diluar. Tidak mahu pakai tidak apa.
Semua tahu, penulis terdiri daripada pelbagai sepsis. Ada
yang makan upah. Ada yang mengampu ada yang berbodek. Dan macam macam lagi.
Malah ada yang jahat. Tetapi tidak kurang yang baik.
Penulis ingin beri sikit nasihat. Tapi apalah dengan nasihat
penulis ini. Pasti nasihat penulis ini tak boleh pakai dan tak berguna langsung
oleh puak puak yang bertelagah. Mereka ada pendirian masing masing.
Namun begitu, kita kena ingat ada penyelesaiannya, Jika kamu
benar benar beriman dan bersabar. Jika tak benar benar beriman dan tak bersabar
jadilah apa yang terjadi sekarang. Lebih lebih lagi bercankap dan bertindak
menggunakan hawa nafsu.
Ambil jalan tengah,iaitu sila namakan tokoh yang bukan dari
parti yang sama untuk menjadi menteri Besar Selangor. Habis cerita. Tidak ada
sebab mengapa puak yang tidak setuju nama Khalid Ibrahim menolaknya.
Jika puak yang tidak setuju dengan nama Khalid Ibrahim
mempertikaikan juga pasti ada yang tidak kena dengan Azmin Ali dan Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang jadi nahkoda kapal yang sudah hampir hampir nak sampai ke
Putrajaya.
Tidak mustahil ia akan Berjaya pada PRU 14 nanti. Insya
Allah.
1 comment:
Azmin yg lupa diri....
Azmin skg BUKAN Azmin 1999 ketika mula melakar jadi ADUN Hulu Kelang, dia lemah lembut.,jasa org di keliling dia kenang..kami lh yg bersusah payah melarikan dia dari di Tangkap...
2004 bila kalah..muka nya pucat..bila wartawan dtg nk interview...dia x terkeluar suara nak komen.
2008 Bila menang di dua kawasan...muka dia kami dah jarang tengok...yg ada hanya "Banner"dia ucap selamat tahun baru,selamat hari Raya Puasa/Haji.,dan segala ucapan perayaan...
Bila kita call ckp mcm org sesak nafas...ada saja alasan terutama konon tgh meeting...kt Penang lh...kat Tgganu lh....
Bila jemput kenduri...haram nk hantar wakil pun susah....ada wakil pula i.e En Sobry-lebih sudu dari Kuah)
Maka bertepatan lah kata Allah"Hambaku bila di beri kesenagan selps kesusahan akan gembira lagi sombong"
Jgn Margh.,komen sya atas perkara yg benar lagi nyata.
wallahu'alam.
Post a Comment