Penulis tidak tahu mengapa pengerusi
SPR tergamak membuat kenyataan melawan arus, sedangkan dia tahu PRU 13 tidak
bersih.
Jika PRU 13 paling bersih macam mana
PR menerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan PRU 13 penuh dengan penipuan.
Tidak semena mena Datuk Seri Mohd
Najib Razak presiden umno mengatakan PR juga melakukan penipuan.
Bermakna PRU 13 yang dikatakn paling
bersih jelas tidak bersih, sebab itu pahat masih berbunyi sedangkan rumah sudah
siap sepenuhnya.
Siapakah yang menipu dan siapalkah
pula yang kena tipu. Tidak wajar dua dua menipu dan dua dua kena tipu. Tetapi
tidak mustahil PR juga menipu dan umno lagi menipu.
Mengapa penulis kata begitu? Kerana
ada bukti, terutama sekali dakwat kekal yang dikatakan kekal tetapi tidak kekal
sepertimana yang didakwakan pengerusi SPR dalam satu kenyataan yang tidak boleh
dipadamkan.
Persoalan sekarang pilihan telah
dibuat, keputusan pun telah diketahui. Akan tetapi pahat masih berbunyi hingga
tidak boleh berhenti.
Memang ada sebab musabahnya pahat
tidak masih berbunyi dan boleh berhenti setakat hari ini.
Pasti ada yang tak kena. Mungkin PRU
13 yang dikatakan paling bersih itu jelas tidak bersih, maka perlu dibersihkan
akan ia betul betul bersih.
Setengah meminta hentikan
sosek-sosek politik. Berikanlah tumpuan untuk utamakan kepentingan rakyat dan jangan
sekali kali pentingkan diri sendiri.
Yang kalah terima sahajalah
kekalahan dan redhalah dengan kekalahan itu, kerana ia adalah takdir yang
ditentukan Allah dan yang menang jangan lupa tepati janji yang dijanjikan.
Entah apa-apa yang dijanjikan dalam
manifesto masing masing, kerana ini boleh memekat hati rakyat, terutama sekali
yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Tidak kira kerajaan BN atau kerajaaan PR. Beri tumpuan utama pasca PRU13 sepatutnya kepada usaha membangun Negara dan negeri. Itu yang diharapkan rakyat.Jangan ada niat untuk balas dendam sepertimana pernah di perlakukan selama ini.
No comments:
Post a Comment