Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu wakil rakyat wakil rakyat
umno sombong dan angkuh. Atas sebab itulah presiden umno itu pesan supaya
jangan sombong dan angkuh
Ketua wanita umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pun tahu, sebab
itu dia kata “Kita tidak boleh sombong dan angkuh”.
Yang peliknya Datuk Seri Mohd Najib Razak tahu wakil rakyat
wakil rakyatnya sombong dan angkuh tetapi diberi juga bertanding pada PRU 13
lepas.
Lagi pelik dia tahu Datuk Ahmad Said itu sombong dan angkuh
tetapi diberi juga watikah pelantikan menteri besar Terengganu.
Sudah tahu Datuk Seri Adnan Yaakub tokoh yang sombong dan
angkuh dilantik juga sebagai menteri Pahang.
Mustahil tiada tokoh lain untuk dilantik sebagai menteri
Terengganu dan Pahang. Bukan ramai lagi yang baik dan layak dilantik.
Najib tahu punca umno Terengganu hampir tumbang, tetapi
Ahmad Said juga jadi pilihan. Mungkin ada perkara yang tersurat dan tersirat.
Najib juga tahu punca sebenar seorang menteri penuh dan
seorang timbalan menteri kalah di negerinya pada PRU 13 lepas tetapi pilih juga
orang sombong dan angku jadi menerajunya.
Penulis tidak faham mengapa pilih orang sombong dan angkuh
pegang jawatan nombor satu kerajaan negeri kaya rakyat miskin.
Bukan Najib tidak tahu orang ukno sendiri marah dan benci
dengan orang yang dia pilih jadi menteri Terengganu dan Pahang.
Jika orang PAS yang benci tak mengapa, kerana memang musuh
politik mereka. Tetapi yang anihnya orang umno sendiri yang marah benci.
Sifat sombong dan angkuh Ahmad said selepas angkat sumpah jawatan telah diterjemahkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
Katanya lagi, "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
No comments:
Post a Comment