Sunday, September 1, 2013

Munasabahkah Anwar minat dengan kerajaan perpaduan



Dahulu PAS pernah disebut sebut sangat berminat dengan penubuhan kerajaan perpaduan. Bukan setakat itu sahaja, malah terbongkar antara pemimpin kanan pas dan Umno pernah mengadakan siri pertemuan membincangkan prihal tersebut.

Kali ini Anwar dan Mohd Najib Razak pula dikatakan pernah bertemu untuk membincangkan perihal kerajaan perpaduan di Malaysia.

Tajuk tulisan penulis kali ini berbentuk soalan munasabahkah Anwar minat dengan kerajaan perpaduan.

Barangkali ada yang memberi jawapan “Ya” kerana gagal untuk ke Putrajaya selapas PRU 13 lepas.Jika jawapan “ya” bermakna Anwar sudah mengaku kalah dalam memperjuangkan niatnya untuk memerintah Malaysia atas nama Pakatan Rakyat.

Penulis lebih cenderung dengan jawapan “tidak” kerana Pakatan rakyat ada harapan yang sangat cerah untuk menang dan memerintah pada PRU 14 nanti.

Buktinya, Kerajaan membelanja RM 80 bilion wang rakyat untuk menang memerintah dengan majority 2/3 pada PRU 13, tetapi menemui kegagalan dengan keputusan yang paling burok sejarah pilihanraya umum Negara.

RM 6 bilion untuk membeli undi RM 500 satu kepala juga turut gagal.Oleh itu Pakatan rakyat ada cam untuk menang dan memerintah Malaysia pada PRU akan datang.

 Pilihanraya kecil pertama Kuala Besut selepas PRU 13 boleh dijadikan contoh kerana  158 undi sahaja yang memberi kepercayaan kepada umno/BN miskipun dijanjikan dengan seribu  buah rumah percuma kepada pengundi.

Penulis difahamkan kerajaan perpadun adalah lerajaan pengkongsian kuasa antara pakatan rakyat dan Barisan Nasional.

Tidak dinafikan Kabinet Najib buah wujud timbalan perdana menteri II sepertimana diwujudkan menteri pendidikan II dan menteri kewangan II tetapi bagaimana pula dengan lain lain menteri. 

Jika boleh berbuat demikian ada munasabah Anwar berbincang pasal kerajaan perpaduan.

Jika tidak adalah tersangat tidak munasabah kerana jalan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tidak berpijak dibumi nyata. 


No comments: