Fathul Bahri bersyukur dan berkata, Alhamdulillah masyarakat
awam Islam mula tertanya-tanya dan ingin mengetahui apakah itu Qadariah dan
Jabariah.
Pada penulis masyarakat awam Islam sudah sekian lama
mengetahui dan mengenalpasti siapakah golongan qadariah di Malaysia ini.
Sepertimana kita ketahui bahawa qadariyah adalah golongan
menolak ketetapan atau takdir Allah dan percaya setiap yang berlaku adalah
hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk semata mata.
Anda yang membaca tulisan pasti tahu dan percaya golongan
itu tidak lain dan tidak bukan ialah golongan yang mengadakan progam dan projek
dengan papan tanda yang berbunyi: “ini projek kerajaan BN’.
Bukan itu sahaja, malah pada guni berisi baja pun ditulis
yang berbunyi: ” baja kerajaan BN” yang jelas dan nyatakan bahawa setiap yang
dilakukan adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk (kerajaan yang
memerintah Negara ini) semata mata.
Sejarah telah membuktikan pihak kerajaan BN baik perdana menteri
dan timbalan perdana menteri dan menteri menteri telah memtemplek kerajaan
selain BN yang memerintah lain lain negeri, termasuk negeri Kelantan.
Pihak kerajaan BN pernah berkata, tiada apa yang pihak
kerajaan PAS buat sepanjang memerintah Kelantan selama 20 tahu lebih itu.Ini
seolah olah kerajaan BN sahaja yang melakukan dan jelas menolak takdir Allah.
Ini mengambarkan pihak kerajaan yang memerintah Negara ini
menolak takdir Allah atau dengan kata lain telah menolak usaha pihak lain dan
mendadak dada dan berkata, ini hasil usaha kerajaaan BN tanpa menyedari itu
adalah takdir Allah belaka.
Pada penulis, Fathul Bahri yang dikatakan dapat upah dari
kerajaan BN sebanyak RM 15,000 sebulan itu telah membuka pekung kerajaan satu
Malaysia kepada masyarakat awam islam di Negara ini melalui tulisannya bibit
bibit edeologi akidah sesat.
No comments:
Post a Comment