Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan umno sudah tua,
tenat dan akan mati.Maka berkatalah sesetengah orang umno, umno perlu di
remajakan.
Atas sebab itulah, Mukhriz anak Tun Dr Mahathir yang kalah merebut
jawatan pergerakan Pemuda masuk bertanding merebut jawatan naib presiden dalam
perhimpunan Agung tahunan yang akan diadakan pada Oktober ini.
Tiga orang yang akan bertanding jawatan tersebut, Mukhriz
salah seorang menteri besar yang mecuba nasib disamping dua nama yang sudah tua,
itu Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Isa Samad.
Kedua dua tokoh yang mencuba nasib kali ini terdiri yang
pernah terbabit dengan rasuah punca masing masing tidak layak bertanding.
Datuk Seri Ali Rustam bekas Ketua menteri Melaka itu tidak
dikenakan tindakan dan Datuk Seri Isa Samad di kenakan tindakan, sekarang sudah
bebas dan layak bertanding.
Persoalan yang timbulkan, perlukah umno di remajakan kerana
di pimpin oleh mereka yang sudah tua dan tenat akan mati.
Apakah remaja tidak tenat dan tidak mati? Remaja tidak boleh
dijadikan ukuran yang mereka tidak tenat dan tak mati. Malahan remaja hari ini
memang merupakan manusia yang tidak boleh diharap untuk memimpin.
Oleh itu, jika umno diremajakan ia berada dalam keadaan yang
lebih buruk berbanding ia di pimpin oleh orang tua yang dikatakan sudah tenat
dan akan mati itu.
Remaja dalam umno memang merupakan manusia yang tidak
terlepas daripada terbabit dengan pelbagai kejahatan, termasuk melakukan
jenayah berat yang boleh menghancurkan Negara.
Jika umno yang dipimpin oleh orang tua dan tenat ini boleh
menghacurkan Negara. Apatah lagi jika ia di pimpin oleh golongan remaja.
Lebih lebih lagi kebanyakan mereka itu akan terbabit dengan
jenayah rasuah kesenambungan yang mahu tidak mahu pasti akan berlaku terus
menerus.
No comments:
Post a Comment