Penulis sudah jawap siapa ulamak ganti Mat Sabu dalam
tulisan yang dianggap sebuah tulisan melaga lagakan PAS.
Saya tidak ada nait untuk melaga lagakan pemimpin PAS, lebih
lebih lagi para pemimpin kebanyakan cerdik belaka.
Siapakah penulis berbanding para pemimpin yang dikatakan
oleh musyidul PAS, bahawa orang PAS adalah ulamak belaka.
Penulis tidak kisah sangat dengan adanya orang pas akar umbi
yang tak boleh menerima label yang dilabel semua orang pas ulama oleh Datuk Nik
Aziz Nik Mat tempuh hari.
Penulis namkan Datuk Tuan Ibrahim Man, adalah orang yang
boleh ganti Mat Sabu dalam muktamar tahunan PAS yang akan diadakan pada
November ini.
Nama itu akan dicalonkan oleh kawasan kawasan disamping nama
Mohamad Sabu yang tetap masih popular dikalangan para perwakilan yang akan
mengundi dalam muktamar nanti.
Jika ada lain lain nama untuk turut bertanding jawatan
timbalan presiden atau dengan kata lain lawan tiga penjuru, maka Mohammad sabu
masih boleh menang dengan majoriti tipis.Itulah kehendak para perwakilan seluruh
negera sekarang ini.
Pada penulis, Mohamad Sabu dalam suasana sekarang jika ada
pencalonan bertanding jawatan presiden satu lawan satu dengan Datuk Seri Haji
Abdul Hadi Awang ada kemungkinan presiden sekarang gagal mempertahanakan
jawatan itu.
Lebih lebih lagi Haji Abdul Hadi Awang sudah ada hasrat
untuk menyerahkan jawatan presiden PAS jika ada orang yang lebih layak
mengambil alih jawatan presiden.
No comments:
Post a Comment