Sudah tentu kita merasa takut dengan kata kata, “maka
bunuhlah. Kerana dia adalah setan” yang mana telah dinyatakan oleh Rasulullah
SAW menerusi sabda yang bermaksud:
“jika orang yang melintas tahu dosa apa yang dia akan dapat
dengan melintasi orang yang sedang solat, naescaya berdirinya meninggu selama
empat puluh tahun lebih baik baginya daripada melintasi didepan orang yang
solat” (Hadis riwayat Abu Jahm al- Ansahari).
Kata kata, maka bunuhlah merupakan perintah Rasulullah SAW
kepada kita terhadap orang yang “melintas” di depan orang sedang solat
sepertiman sabda yang bermaksud:
“Jika kalian hendak
mendirikan solat maka solatlah dibelakang tirai atau pembatas dan jangan
biarkan orang lain ,melintasi ditengahnya. Jika ada orang hendak melintasi
bahagian dalam pembatasan itu, maka bunuhlah, kerana dia itu setan”
Penulis kemukakan hal ini atas sebab ada antara ketika
didalam masjid untuk menunaikan solat
jumaat pandang ringan atau buat remeh temeh perkara yang begitu berat dan besar
dosanya.
Malahan ada antara kita yang tidak kisah dan ambil berat
melintasi depan orang sedang solat sehingga ia seolah olah menjadi perkara
biasa macam juga perangai kanak kanak.
Kalau kes itu dosa kecil mustahil Rasulullah SAW berkata
“bunuhlah” terhadap mereka yang melintasi orang sedang solat.
Pasti dosanya adalah dosa besar yang harus diambil berat
oleh setiap kita yang mengaku umat islam yang beriman.
No comments:
Post a Comment