Penulis sungguh sungguh setuju dengan pandangan bekas
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tiga hari ini pasal DUN
Sungai Limau.
Sememangnya betul tidak boleh ambil mudah atau buat mudah
dengan Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November
depan.
Mengapa? Kerana pilihanraya kecil merupakan peluang bagi
umno/BN menyerang habis habisan untuk robohkan kubu kuat PAS itu, macam Dun Manik Urai, Kuala Krai Kelantan dahulu.
Bayangkan majority Pak Su Wail sebanyak dua ribu undi hilang
begitu teruk dan hampir hampir kalah pada pilihanraya kecil tersebut.
Penulis melihat Dun Sungai Limau, Jerai Kedah lebih kurang
sama dengan DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan.
Pak Su Wail bukan calang calang wakil rakyat Pas Kelantan.
Pendek kata beliau merupakan wakil rakyat mesra rakyat, miskipun tidak ada
ijazah macam lain lain wakil rakyat.
Demikian juga ustaz Azizan Razak yang menang lima penggal di
Dun Sungai Limau yang menjadi kubu kuat PAS dan dikatakan sangat sukar untuk
dirobohkan.
Dan tidak mustahil Dun Sungai Limau dapat dirobohkan pada
pilihanraya kecil yang akan diadakan 4 November depan jika calonnya tidak
setanding dengan ustaz Azizan Razak.
Atas sebab itulah presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi
Awang, mahu calon yang dipilih dan bertanding nanti mestilah orangnya setanding
dengan ustaz Azizan wakil rakyat mesra rakyat yang pandai jaga hati pengundi.
Pada penulis ustaz Azizan Razak pengaruhnya lebih tinggi
berbanding ustaz Fadhil Mohd Nor dalam arena politik Negara.
Beliau sangat disegani dan digeruni oleh umno/BN yang
merupakan musuh politik asasi disamping ada musuh dalaman sepanjnag menjadi
menteri besar Kedah dalam masa singkat telah di anugerahkan gelaran Tan Sri.
Oleh itu, faktor calon harus diutamakan oleh PAS miskipun
sesetengah pendapat mengatakan umno masih belum boleh menang lagi pada
pilihanraya kecil nanti jika calonnya setanding dengan ustaz Azizan.
Macam juga DUN Manik Urai, Kuala Krai Kelantan yang masih
kekal di tangan PAS walapun dengan majority yang sangat tipis pada pilihanraya
kecil tersebut.
Lihat pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang mana umno
sangat kecewa, kerana dengan pelaburan sebanyak RM250 juta dan tawaran seribu
buah rumah percuma kepada rakyat tempatan, hanya 156 orang sahaja yang memberi
undi Kepada calon umno.
Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Dun Kuala Besut ini,
maka DUN Sungai Limau Insya Allah masih kekal milik PAS dengan majority sikit
susuk. Maklumlah semua tenaga dan jentera pilihanraya umno turun habis habisan
bagi mempastikan kerusi Dun tersebut roboh.
No comments:
Post a Comment