Cakap ustaz itu, Rasulullah SAW paling takut dan bimbang dengan "ulama". Kata ustaz itu lagi ulama yang Rasulullah takut dan bimbang itu tidak lain dan tidak bukan ialah ulama "jahat".
Saya juga pernah dengar cakap salah seorang ustaz lulusan universiti Malaya yang banyak mengajar surau balai (cakap Terengganui) bahawa ulama terbahagi kepada dua.
Saya juga ada dengar ustaz ustaz cakap, ada ulama yang masuk neraka dulu da nada orang awam yang masuk syurga dulu. Saya tak tahu sama hadis tersebut hadis daif dan sebaliknya. Tapi saya ada dengar.
Dua tiga hari ini ada pulak salah seorang ustaz mualaf yang berkata kena tenguk semula hadis yang bermaksud: “wanita lebih ramai dalam neraka”. Bermakna beliau shak dengan hadis demikian.
Jadi apalah sangat dengan isu DNA babi yang telah diharuskan oleh ulama golongan kedua yang jadi sandaran Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis itu.
Memang Allah cipta sesuatu diatas muka bumi berpasang pasangan lelaki perempuan. Hidup dan mati .Mata dua, hidung dua. telinga dua.Halal dan haram. Halal itu jelas haram itu jelas.
Persoalan yang timbul kini ada ulama yang tidak jelas benda yang halal dan benda yang haram sehingga berhujah babi macam najis yang diproses jadi air minuman yang jauh bezanya berbanding dengan lemak babi yang terhasil dalam batang tubuh babi.
Oleh itu,sangat munasabah ulama ada dua, baik sa jahat sa. ustaz pun ada dua. jahat sa baik sa dua, Dr pun ada dua. Jahat sa baik sa.Manusia ada ada yang baik dan ada yang jahat.
Manusia diatas muka bumi ini ramai yang jahat berbanding yang baik. Jika demikian sudah tentu ulama jahat lebih ramai berbanding ulama baik.
Yang jahat sudah tentu boleh sahaja miskipun babi yang haram itu dengan alasan sukar bukan darurat. Kalau darurat tak apa segala yang haram boleh bertukar hukum kepada harus.Tapi harus tidak selama mananya, kerana dia ada waktu dan ketikanya.
Seolah olah orang Islam sendiri masih tidak tahu bahawa yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Yang haram jadi halal jika darurat dan yang halal jadi haram kerana melanggar perintah.
Usah babi, malah ada ulama hari ini sudah mengharuskan "riba" kerana tidak dapat dielakkan hujahnya. Apakah itu darurat namanya. Apakah jika kita tak makan riba kita boleh mati.
Macam makan lemah babi juga, apakah jika kita tak makan lemah babi kita boleh mati.itu setelah tiada makanan lain, sedangkan banyak lagi lemak lain yang bukan dari babi.
Saya bukan hendak menghukum, tetapi ulama terbahagi kepada dua kata Rasulullah saw. Yang baik dan yang jahat. Kita boleh fikir mana satu ulama jahat dan ulama yang baik.
mengharuskan benda yang haram jika bukan atas sebab darurat kerja ulama jahatlah itu.Bukan setakat jahat, malah saya ada dengar bahawa mereka itu adalah kafir, kerana telah menghalalkan yang haram.
Saya tidak terkejut dengan mana mana pendapat, kerana ada pendapat pertama dan ada pendapat kedua. pendapat yang kuat dan pendapat yang lemah. Kuatkah pendapat Ulama itu mengharamkan benda yang haram seperti riba.
pendapat itu harus kita tolak miskipun ada yang mengatakan itu pendapat yang sempit, kerana ulama yang luas sehingga mengharuskan lemak babi dalam makanan. Pendapat yang mana satukah yang harus kita pegang dan pakai.
Tak kira siapa mereka itu.
Demikian juga DNA babi yang ada pada makanan, kerana lemak babi tidak boleh bertukar menjadi lemak sayur sayuran. Apatah lagi sangat tidak lojik dibandingkan dengan najis yang diproses menjadi air hukumnya harus.
Yang buat pandai adalah ulama yang cuba tukar hukum Allah dengan alasan sukar. sukar bukan darurat.Ancaman nyawa itulah darurat namanya. Maaf saya bukan ulama, juga bukan ustaz.
2 comments:
yang penting keyakinan kita pada Allah dan RasulNya.
yang halal terang yang haram pun terang yang bahaya yang ada nampak macam halai tapi ada jugak haramnya
masih banyak lagi yang halal kenapa nak dicari juga yang haram
itulah asutan syiaton
Cadbury haram sbb ada babi! Hisaplah rokok...
Post a Comment