Penulis
tidak ada niat untuk memburuk buruk para pemimpin PAS, lebih lebih lagi yrthadap
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri
Haji Abdul Hadi Awang bukan seorang yang tegas berbanding Datuk Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.
Penulis
tidak boleh terima dengan lebal Presiden PAS tegas kerana menyokong Tan Sri
Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor.
Mengapa
penulis kata demikian? Lihat kata katanya yang berbunyi: “ianya bergantung pada kehendak sultan”.
Bermakna
pasal tukar menteri besar Selangor yang hebuh di perkatakan kini bukan duduk atas
sokongan Haji Hadi, tetapi ianya terserah kepada Al Sultan Selangor.
Jika sultan
Selangor mahu menteri besar Selangor ditukar dengan menteri besar baru, maka
sokongan Haji Hadi terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim gugur secara automatic.Itulah
naktahnya.
Sokongan Haji
Hadi pada Tan Sri Khalid Ibrahim bukan suatu ketegasan atau dengan kata lain
ianya bukan tindakan tegas yang dianggap oleh sesetengah kepimpinan lain.
Haji Abdul
Hadi Awang Presiden PAS bukan seorang yang tegas berbanding dengan Datuk Fadzil
Noor yang mana siqah para pemimpin kekal sampai padan hayatnya.
Sekarang ini
“siqah” terhadap Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah hilang sehingga
tergamak para pemimpin yang duduk dibawahnya menghina.
Ini
menunjukkan beliau seorang yang tidak tegas. Seseorang yang tegas pasti “siqah”
para pemimpin lain terhadapnya tidak akan hilang. Lebih lebih lagi jauh sekali
untuk menghinanya.
Seseorang
yang tegas akan dihormati sepanjang hayatnya. Kini nampaknya sudah ada yang
tidak hormat dengan keputusan yang diambilnya.
Bukan senang
untuk membuat keputusan muktamad. Lebib lebih lagi berkaitan dengan politik
tiga penjuru yang berlainan pegangan agama.
Atau dengan
kata lain ada kafir didalam kapal yang dilayari dilautan yang penuh bergelora
itu. Apatah lagi sebuah kapal pasti dikelola oleh satu nahkoda sahaja.
Jika tiga
tiga mahu jadi nahkoda sudah barang tentu tunggu masa untuk pecah dan tenggelam
sepertimana yang akan berlaku pada negeri Selangor kini.
6 comments:
Sepanjang dia pegang Presiden tak ada rekod baik yang dia buat. T'ganu yang dia sendiri jadi MB kalah, Kedah pun kalah. Komen2 dia pun tak berapa cerdik. Macam mana PAS boleh bagi dia jawatan presiden.
Saya setuju. Tolonglah cari pengganti. PAS perlu nakhoda lain.
PAS kena cari pemimpin lain. Ramai yang berkaliber tak semestinya ulama.Kalau ulama pun tapi tak tahu mengurus parti. negeri, ekonomi, strategi buat apa.
Kalau dah banyak sangat orang menegurnya tak kan la tak ada penasehat yang teringin nak meringankan sikit beban yang dipikul Haji Hadi nie,itulah kalau telajak perahu boleh diundur tapi sekarang dah terlajak cakap mohon maaf sajalah , jangan tunjuk kepala batu sangat sebab kepala batu la yang kena masuk mahkamah hingga belum selesai hingga kini,bukan lebih senang jika ditanya wartawan dengan jawapan kita (PAS pusat) belum bersidang lagi tunggulah nanti bila dah ada keputusan saya akan beri komen atau jawapan , ini tidak gatai mulut nak jawab konon kita ni presiden boleh cakap apa saja,ha sekarang tanggung la akibat dan resikonya suka beri peluru hidup pada musuh ,tak taula pula kot-kot ada udang karang balik meja.
kita semua syg dan hormati TGHH.
minta lari dari topik sikit.
TGHH diminta hentikanlah sokongan dan sayang pada iran dan hezbosyaitan. mereka itu musuh umat islam dan nampaknya berjaya mengelirukan TGHH.
selain sokongan secara halus dgn menyamakan hamas dan hezbolat, TGHH juga tidak nampak batang hidung ketika ulamak2 syria dtg ke Malaysia. sedangkan TGNA mencium tgn Sheikh Ali AssSaoubuni ulamak besar Sham.
Saya setuju. Tolonglah cari pengganti.
Post a Comment