Beberapa
orang PAS call penulis dan bertanya mengapa PAS tak mahu jadi menteri besar
Selangor. Itulah bunyi soalan yang di kemukakan kepada penulis kerdil ini.
Susah juga
nak jawab. Lebih lebih lagi sudah ada jawapan dari PAS, yang PAS tidak akan
tuntut jawatan menteri besar Selangor.Sah, PAS tak minat dengan jawatan
tersebut.
Maka Sesuai
dengan tajuk rencana penulis bahawa PAS tidak berminat jadi menteri besar
Selangor, miskipun kekosongan itu layak di isi oleh salah seorang ADUN PAS.
Persoalan
sekarang PKR tidak akan tunduk dan akur dengan kemahuan Al Sultan Selangor agar
lebih dua nama di hantar untuk calon menteri besar negeri terkaya itu.
Kalau sudah
tahu yang Sultan Selangor mahu begitu, maka akurlah untuk menyelesaikan
kemelut yang kelihatan akan lebih gawat
lagi dek pendirian yang membabi buta itu.
Bukankah
Azmin Ali sudah buat kenyataan yang dia tidak berminat lagi untuk menjadi
menteri besar Selangor.
Oleh itu,
besar kemungkinan nama DR Wan Azizah Ismail akan diberi perhatian setelah Azmin Ali menolaknya.
Akan tetapi
cuba bayangkan, orang tergila gila nak jadi menteri besar sudah barang tentu
prejudis dan merasakan peluang presiden PKR jadi menteri besar Selangor gelap.
Jangan takut,
kerana PAS sudah buat kenyataan terbuka yang dia tidak akan tuntut jawatan menteri
besar itu nanti.
Pasti
jawatan menteri besar Selangor jatuh ke tangan PKR, Cuma sekarang ini PKR takut
dengan bayang bayang sendiri takut sultan tak terima Dr Wan Azizah.
Cuba dahulu
apa kemahauan sultan baru boleh tahu kedudukan sebenarnya,. Jangan main serkap
jarang mengandakan begitu dan begini.
Penulis
pernah tulis yang berbunyi: “jangan main main dengan Sultan” Lebih lebih lagi
undang undang tubuh negeri Selangor Sultan punya kuasa mengenai pelantikan
menteri besar.
Macam juga
negeri Terengganu, Al Sultan tak mahu nama Datuk Seri Idris Jusoh jadi menteri
besar negeri kaya rakyat miskin ini.
Hendak buat
macam mana. Akhir sekali, umno terpaksa akur dan mengalah bubuh nama Datuk Ahmad Said, di terima dengan hati
terbuka.
Kedua, bukan
soalan lagi dikemukakan pada penulis, tetapi satu perkataan yang bunyinya
begini: Mungkin Sultan Selangor mahu orang PAS jadi menteri besar baru
Selangor.
Jawab
penulis ringkas sahaja,kan PAS dah kata yang dia tidak akan tuntut jawatan itu
dan sesuai dengan tajuk rancana ini orang PAS tak minat jadi menteri besar
Selangor miskipun diberi peluang dan tawaran.
Akan tetapi
tak mustahil, Sultan mahu orang PAS, kerana inilah pilihan terbaik untuk menyelesaikan
krisis menteri besar Selangor yang dijangka akan lebih gawat jika PKR berkeras
juga dan tak akur dengan kemahuan Al Sultan.
5 comments:
Mau tapi Malu.......itu lah Partai Paih hari ni......dr awal kenapa sokong khalid ibrahim?.......sekarang ni dah nak kata sultan yg mau calon Pas......putar lagi!!! Paih ni nama islang, beriman ke? Kalau beriman, maka tetapkan pendirian dengan PR.....bantu WAWI. Adakadah kamu nak bersekongkol dgn ketua Ugama negeri yg fasik di selangor!!! Dah 6 bulan berlalu, Pas masih kabur???
Sikap dan hati perut berserta PAS dah terburai sekarang.TAKUT NANTI CKP TERIMA KERANA IA TITAH SULTAN dan bangsa Melayu.
Saya pernah hadiri jamuan amal utk kutip sumbangan PRK13 di Johor Bahru.
Makan ta sedap dah satu hal . janji Nik Aziz dtg tp ta datang walau beliau ada di Johor hari itu.Beliau tergesa gesa pulang ka Kelantan.
Yg hadir sebagai ganti ia TP Ustaz Nasha.Ia semasa sebelum pilihanraya kecil di Kelantan.
Ustaz Nasha kata PAS akan calun org asli.Tetapi yg di calun org lain.
Kalau tak minat MB Selangor dan dah setuju ia milik PKR kenapa sibuk-sibuk nak pilih calon lain selain WAWI. Apa kata kalau lepas pilihanraya 14 nanti, PKR juga akan pilih calon sendiri untuk jawatan MB kelantan, tapi calon tu dari PAS juga la.... mesti tercabut serban Hj Hadi kerana marah. Samalah dengan kes Selangor, kalau dan setuju calon mesti dari PKR, biarlah PKR yang tentukan. PAS sebagai ahli dalam PR setuju aje la.... bodohnya parti tok lebai ni...
apa kata di tubuhkan parti PAAS parti ala ala islam gitu ok tak?
The true colour of PAS very much ugly uuughhh.
Post a Comment