Tuesday, October 28, 2014

PasMA duri dalam daging?




Penulis tidak tahu nak kata apa pasal Pasma. Akan tetapi ramai yang kata PasMA adalah “DURI DALAM DAGING .”

Duri dalam daging PAS ke. Sudah barang tentu, kerana setakat hari ini orang pas Ma cuba dengan sedaya upaya memburuk buruk presiden yang mereka siqah selama ini.

Setahu penulis orang yang benci Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, tidak lain dan tidak bukan ialah orang umno.

Sememangnya musuhlah yang benci pada musuhnya. Tetapi sekarang ini musuh yang memusuhi presiden PAS nampaknya orang PAS sendiri.

Yang peliknya para ahli jawatankuasa sendiri yang menjadi musuh ketat kepada presiden dan umno nampaknya membisu seribu bahasa.

Kalau dahulu umno berhempas pulas untuk menjatuhkan Haji Hadi Awang dalam Pas miskipun dia bukan presiden.

Semasa ustaz Fadzil Noor jadi presiden umno berusaha sedaya upaya untuk  jatuhkan Haji Hadi Awang pada hal dia hanya timbalan presiden.

Usaha umno selama ini nampaknya telah disambung oleh orang Pas sendiri dalam suatu perancangan sulit agenda umno yang mahu hapuskan Haji Hadi Awang dalam PAS.

Tidak mustahil usaha jahat ini akan berolah kejayaan menerusi PasMA dan kerjasama umno memasukkan orang umno jadi ahli PAS.

Untuk tidak Nampak ketara sangat pihak berkenaan semomokkan bahawa Hadi Awang mahu tubuh kerajaan dengan umno lantas mempemerkan gambar gambar Hadi berpeluk dengan Najib.

Gambar gambar yang dipaperkan itu  seolah olah sebagai bahan bukti yang haji Hadi ini mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan umno .

Penulis ingat lagi, akhbar mingguan Malaysia pernah menyiarkan gambar Hadi dan Tan Sri Wan Mukhtar makan bersama dalam suatu majlis anjuran kerajaan Terengganu dengan tujuan orang membenci Haji Hadi Awang.

Kini PasMA yang kononnya untuk menyelamatkan pakatan rakyat memainkan peran aktivit untuk memburuk buruk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Tidak dinafikan nama presiden PAS sudah mula menjadi sendikit busuk dan tidak mustahil dia akan terus busuk hasil jajaan PasMa yang sudah masuk berkempen di negeri kelahiran presiden sendiri.

Penulis di beri,  sudah ada ahli ahli jawatankuasa kawasan kawasan di lapan kawasan di Terengganu yang bersekongkol untuk jatuhkan presiden PAS yang juga timbalan presiden ulama sedunia itu.


2 comments:

Rambo said...

yg mengatakan tak wala presiden risiko neraka.

yg kata barua, dibeli agen, pil kuda tu adalah idea PasMa yg menzombie kan hadi utk berkata?

adakah hadi kena pukau oleh PasMa hingga berkata begitu yg menjatuhkan maruah sendiri?

yg hadi ponteng bentang bajet, poonteng bentang bajet PR, ponteng program Rakyat Hakim Negara.... adalah hasil hypnotis PasMa?

atau hadi sendiri yg lalai dan lemah hingga menjatuhkan diri sendiri?

Unknown said...

Sama ada suka atau tidak, TGHA ini sudah sampai masanya untak diganti. beliau sudah tidak lagi bagitu waras politik. Bahkan beliau sendiri telah mempamirkan sendiri kebijaksanaan beliau apabila T'ganu lolos dari tangannya sendiri, hanya selepas satu penggal saja. Kuncunya karibnya juga Arwah Ustaz Azizan, telingkup di Kedah, walau pun ada pemimpin2nya telah memperingati kemungkinan tersebut. Jadi nak simpan kayu buruk itu untuk tujuan apa. Cuma hanya beberapa kerat orang2 dikelilingi saja yang masih totok. Sebabnya ialah tanpa beliau di atas, mereka itu pun akan ghuyup juga.