Thursday, November 13, 2014

Penghujahan hakim mahkamah Rayuan tidak munasabah



Penulis amat setuju dengan bekas Ketua hakim Negara Tun Abdul Hamid  Mohammad yang mengatakan hakim hakim mahkamah Rayuan yang memutuskan seksyen 66 undang undang jenayah Islam tidak sah, atas sebab sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala barat.

Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 memutuskan seksyen 66 tidak sah disisi perlembagaaan Negara kerana ia mendiskriminasikan  lelaki Islam yang menghidapi  masalah kecelaruan indentiti jantina (GID).

Jika benar Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28  dan Wan Faizol Wan Ismail 30 lelaki islam yang dinyatakan itu mana mungkin mereka menghidapi kecelaruan indenti jantina(GID).

Mereka adalah lelaki Islam bukan “kunsa” yang mempunyai dua jantina. Apabila seseorang ada dua jantina, dibenar oleh Islam untuk mereka memilih salah satu dua pakaian, sama mahu memilih pakaian perempuan, mahupun pakaian lelaki.

Oleh kerana mereka adalah lelaki bukan kunsa dan dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah syariah negeri Sembilan dibawah seksyen 66. Maka penghujahan hakim mahkamah rayuan yang di pengerusikan hakim  Datuk Mohamad Hishmuddin Mohd Yunus sangat tidak munasabah.

Untuk memnguatkan hujah penulis,  penulis mengenali Muhamad Juzaili Mohamad Khmis bahawa beliau adalah seorang lelaki bukan kunsa yang menghidapi kecelaruan indenti ti jantina (GID) Beliau adalah seorang lelaki dan tidak menghidapi kecelaruan indentiti jantina.

Oleh itu, apa yang dikatakan oleh Hakim Mohd Hishmuddin Mohd Yunus bahawa penguatkuasaan seksyen 66 itu akan meletakkan perayu perayu yang mengalamai (GID) terus hidup dalam ketidakpstian, kesengsaraaan dan rasa malu sangat tidak munasabah.
Mana mungkin seorang lelaki hidup dalam ketidakpastian, sedangkan dia bukan kunsa yang ada dua alat jantina. 

Mana mungkin seorang lelaki hidup dalam kesengasaraan. Mana mungkin seeorang lelaki rasa malu berpakaian lelaki. Sepatutnya mereka malu memakai pakaian perempuan, kerana dia adalah lelaki.

Sangat tidak munasabah hakim mengatakan  seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu perayu untuk hidup secara maruah seperti yang dijamin oleh perkara 5 (1) perlembagaan persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat.

Betulkah seksyen 66 merampas hak perayu perayu sebagai anggota masyarakat. Sangat tidak munasabah kerana hak mereka sebagai anggota masyarakat tidak terjejas, malah hak mereka sebagai anggota masyarakat terjejas dan tak bermaruah apabila dia seorang lelaki memakai pakaian perempuan dikhlayak umum.


4 comments:

Unknown said...

Yang merayu Islam....Yang memutuskan juga Islam...Yang komen juga Islam... celaru-celaru... antara tanda-tanda dunia hampir kiamat kerana celaru...

mamat said...

kita kena ingat bahawa Islam terbahagi kepada 73 puak. Cuma satu puak sahaja yang diterima sebagai islam sejati iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW. manakala 72 puak lagi semuanya sesat. Ingat. yang ikut kafir sah sesat.

Putra IJ80 said...

Che Alhadi Abas sebenar nya awak yg celaru...

Coz Jelas ia lelaki..

Bukan memiliki dua alat yg membolehkan nya memilih salah satu..

Wa simpati sama lur...coz x faham apa yg di baca dan yg di tafsir mengikut hukum AlQuraan..

Cer belajar balik dan berguru...

Supaya tidak termasuk jadi manusia yg ada akal tapi B-do...

Jgn maree...

Abdullahngah said...

"Pondan" semuanya lelaki, dia bukan konsa yang dibenarkan boleh memilih pakaian sama ada memakai pakaian perempuan.

Atas sebab dia memiliki dua alat jantina. akan tetapi pondan sah dia hanya memiliki satu jantina sahaja, iaitu alat sulit lelaki, kecuali dia dah buat pembedahan tukar jantina.