Friday, June 26, 2015

Betulkah pelik



Kebanyakan pemerhati politik tanah air berkata pelik dengan apa yang berlaku selepas muktamar tahunan ke61 menerima usul dewan ulamak bahawa PAS putus hubungan dengan DAP.

Penulis tidak rasa hal seumpama itu pelik, miskipun Lim Kit Siang kata pakatan rakyat sudah tiada lagi.

Mengapa tak pelik? Kerana lidah tidak bertulang. Boleh bercakap apa sahaja yang mereka suka. Tiada yang melarang.

Malahan ramai pula yang jadi tukang tuip api, supaya api yang kecil akan jadi besar dan lebih besar. Terutama sekali api yang bernyala  dalam sekam PAS.

Sememangnya api dalam sekam dalam PAS sudah lama wujud,akan tetapi nyalanya tidak kelihatan sangat sebelum ini.

Api dalam sekam pas marak hari demi hari. Lebih lebih lagi apabila pressiden Datuk Seri Haji Abdul Awang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kemelut tukar menteri besar Selangor.

Sehubungan dengan itu, Timbalan presiden Mohammad Sabu tidak memihak dengan pendirian ketuanya.

Bukan setakat tidak memihak dan tidak setuju sahaja , malah wujud puak dalam pas menyatakan tidak puashati dengan presiden.

Bukan setakat tidak puashati sahaja, malah muncul suara suara yang mengambarkan suatu penghinaan terhadap presiden.

Suara suara yang diluahkan oleh puak yang tidak setuju dengan presiden itu  tidak boleh disembunyikan lagi, kerana ada pihak yang menanguk diair keruh agar bahtera PAS pecah dan karam.

terutama sekali umno dah sekian berusaha untuk membunuh PAS.kini orang pas sendiri yang berusaha untuk membunuh pas.

Mereka berusaha berhempas pulas untuk pecah bahtera pas yang sedang berlayar dilautan bergelora itu dan labelkan ulamak tidak pandai memerintah, ulamak tidak bijak politik.

Mohammad Sabu dalam kempennya menyatakan negeri Terengganu kalah kerana ulamak yang jadi menteri besar iaitu Haji Hadi Awang.

Inilah serangan paling buruk terhadap prsesiden saat saat berlangsungnya muktamar tahunan ke 61 di Kuala Selangor.

Pada hal Mohamad Sabu sendiri tahu banyak peruhaban yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu ketika haji Hadi Awang menjadi menteri besar demi untuk rakyat.

Meluluskan 50,000 lot tanah TOL semasa kerajaan BN suatu inisiatif yang tersangat baikdan tiada kerajaan di Malaysia yang boleh berbuat demikian dalam era pemerintahan yang pendek itu.

Pegawai kerajaan yang dibebani dengan kadar faedah pinjaman (riba) bebas dari riba yang dinyatakan Allah suatu dosa yang tersangat besar bagi sesiapa yang makan riba.


1 comment:

Abootarbus said...

Lidah hadi memang tak bertulang, hidung dah ditarik oleh ameno! ..........syok minpi amporno kot!