Wednesday, November 25, 2015

Kerjasama dengan umno?



Penulis setakat hari ini tak nampak pas akan bekerjasama dengan umno untuk membentuk kerajaaan Selangor sepertimana yang didedahkan Husam Musa.

Akan tetapi PAS akar umbi kelihatan risau dan bimbang dengan isu yang di mainkan oleh media massa dan laman sosial.

Mereka bimbang kerana sejarah telah membuktikan bahawa pas telah bekerjasama dengan DAP parti yang terang terangan menentang pelaksanaan undang undang Islam di Malaysia ini.

DAP bukan sahaja anti Islam malah turut  anti Melayu yang tidak dapat dinafikan, Macam mana  pas boleh bergabung dalam pakatan rakyat. Mungkin  atas nama untuk menumbangkan kerajaan BN.

Jika DAP yang diterajui oleh kafir harbi pas boleh mengadakan kerjasama, maka  tidak mustahil boleh bekerjasama dengan umno parti Melayu dan diterajui orang Islam.

Inilah yang membuat akar umbi parti begitu risau dan bimbang dan ramai pula yang percaya bahawa kerjasama dengan umno lambat laung akan menjadi kenyataan juga nanti.

Husam Musa dan gengnya kelihatan telah, sedang dan akan membuat road shaw disamping parti Amanah yang saban hari mengadakan pelancaran partinya memainkan isu tersebut.

Pada hemat penulis, akar umbi yang bimbang dan risau tidak lama hayatnya, kerana mereka mudah mengalah dan akur apabila pemimpin membuat keputusan. Mereka boleh terima keputusan pucuk kepimpinan parti tanpa protes sepertimana sebelum ini.

Bayangkan ketika bekerjasama dengan DAP yang pada mulanya memang ramai yang protes tak puashati dengan keputusan pucuk kepimpinan.

Lama kelamaan mereka boleh terima dengan berlapang dada miskipun keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti merugikan Pas.

Bayangkan sebelum ini pucuk kepimpinan, terutama sekali musyidul Am dan presiden telah buat fatwa haram bergabung dengan parti kafir dan haram undi calon kafir.

Setelah bergabung yang haram difatwakan  dihalal dan boleh undi calon kafir, malah boleh lantik orang kafir jadi pemimpin orang Islam (buat pemimpin) iaitu letak calon kafir atas nama parti Islam semalaysia.

Sampai hari ini fatwa letak calon kafir bertanding masih belum ditarik balik. Inilah yang membuat akar umbi pas bimbang.

Bayangkan dulu haram dan kini halal. Oleh itu tidak musthail suatu masa nanti pas boleh bekerjasama dengan umno parti yang diterajui orang Melayu.



1 comment:

IrWrWs said...

Andaian syok sendiri..