Asalamualaikum. Aku meneliti dalam fb, akhbar dan lain-lain sumber, ramai orangg tak faham perjuangan islam.
Pada hemat
penulis semacam mustahil ada orang Islam tidak faham dengan perjuangan Islam sepertimana
kata ustaz Razi dalam FBnya.
Mengapa?
Mustahil orang Islam sendiri tak faham dengan perjuangan agama yang mereka
anuti, sedangkan orang kafir sangat faham dengan perjuangan.
Kalau orang
kafir tak faham dengan perjuangan islam mana mungkin mereka menentang habis
habisan dengan pas yang hendak mendaulatkan undang undang Islam di Malaysia
ini.
Orang kafir
faham dengan perjuangan islam. Sebab itu apa sahaja yang dilakukan oleh PAS
ditentang agar Islam tidak dapat didaulatkan di Malaysia ini.
Bagi penulis
adalah mustahil ramai orang Islam tak faham dengan perjuangan Islam. Lebih
lebih lagi Mat Sabu dan gengnya yang lari menubuhkan parti PAN.
Mat Sabu
bukan tak faham dengan perjuangan Islam,Atas sebab teramat faham dengan
perjuangan islam dia dan gengnya menubuhkan parti yang bukan Islam bertujuan
untuk lawan PAS yang memperjuangkan Islam.
Faham dengan perjuangan islamlah beliau berikrar
dialah orangnya yang akan sokong undi
menghalang perlekasanaan hudud di Malaysia.
Ini
menunjukkan yang Mat Sabu teramat faham dengan perjuangan Islam yang tetap
walau dengan apa halangan sekali PAS akan berusaha bersungguh sunguh untuk
mendaulatkan undang undang Islam di Negara satu Malaysia ini.
Mengapa beliau bertindak demikian. Dalam satu
kenyataan beliau menyatakan yang beliau tak berjiwa islam. Bayangkan mereka
yang tidak berjiwa islam. Orang kafir sah tak berjiwa Islam,kerana mereka kafir
tapi Mat Sabu dan gengnya yang masih
tunai solat bertindak macam orang kafir.mungkin dah tak seronok lagi dengan ajaran Islam.
Penulis tak
rasa ahiran, kerana Allah ada menyatakan didalam Al Quran, bahawa ada orang
yang paginya Islam dan petangnya kafir dan petangnya Islam paginya kafir.
Yang
membimbangkan penulis Pagi pun kafir petang pun Kafir. Minta dijauhkan Allah
segala hal seumpama yang dinyatakan Allah dalam Quran itu.
Kita memohon
agar hati kita tidak palingkan Allah. Biarlah pagi islam petang Islam dan
seterusnya sampai akhir hayat. Mati dalam islam.
Kata ustaz
Razi lagi, Kita sokong bukan orangnya, tapi dasar parti itu, PAS sudah lama
sejak tahun lima puluhan lagi dasar islam telah tersurat sebelum hj Hadi masuk
PAS lagi.
Dasarnya tak
berubah dibawah kepimpinan ulamak. Silap sikit sebanyak tu biasalah manusia.
Tak kan tak boleh baiki. Jadi yang keluar tubuh parti baru tu tak betul.
Dulu, 2penggal barisan ulamak tewas, mat sabu
timbalan, ulamak tak keluar parti pun, buat kerja
mcm biasa. Tapi kali ini barisan prograsif kalah, sepatutnya sabarlah dua tahun
lagi lawan lah, kalau menang geng awak presedannya.
Ni kalah lari pikul
kerusi sekali dan ronpok harta benda PAS setengah tempat seperti di Johor dan
kedah. Harus diingat kita orang islam wajib pilih parti islam sejati. Tak perlu
dua atau tiga.
Kita orang sokong dasar parti bukan kerana orangnya.sesiapa
jadi ketua kita wajib taat selagi tidak bercanggah dengan dasar parti dan tidak
menyalahi quran, hadis, ijmak dan qias.
kalau berlaku
sebaliknya tak wajib taat. Jadi buat kita nak marah-marah kpd Haji Hadi. Tak
setuju diamlah jangan cari dosa pula.
ingat : tiada ketaatan pada maksiat kpd Allah (maksud Hadis).
Aku harap semua tidak keliru dan dikelirukan. Maaf.
7 comments:
Selama ini kita dihidangkan dgn propaganda oleh media masa..pas pejuang Islam gerakan diasaskan oleh ulama kini menemui jalan buntu...istikomah yg sentiasa terkalab di dlm dunianya sendiri..terpesesong lama lama sesat...zaman masyur pas sudah berlalu..semenjak hilangnya sebutir mutiara yaitu nik Aziz...pemimpin yg ada dalam pas kini tidak berkebolehan memimpin sepasukan tenterapun...Hanya berkagak berkod Dan talileher..x tidak ada kunsasus...jebolehanya Hanya mengharap mana Dan salwa....strategy zero....Political apakah yang melanda pas..masih gagal menemui cahaya ..suka bergerak dalam gelap...lama2 sesat....Hanya suara2 sumbang kedengaran ...yang menyesatkan jamaah itu Dari kalangan ulama juga itu fakta!!
Pale lutut mu, kalu tak setuju diam...mu ingat tuang presideng maksum
mana tak lari, dah di halau
hampeh
Amanat yg celaru......kalau islam tentu tiada kes pil kuda, dan tak letih Uturn Ug!
TGNA tak pernah ajar org langgar sumpah baiah dan harta wakaf.. dan jauh sekali mengajar org tolak hudud kalau DAP tolak hudud...
Kalau wakil PAS masuk meeting PR kata setuju tolak hudud.. ko gila ke kalau TGHH tak buat U Turn.. Nasib baik TGHH buat U Turn kerana ianya bercanggah dgn dasar parti.. dan kalau dia tak buat U Turn aku org pertama humban dia masa muktamar dulu!!
Post a Comment