Friday, March 25, 2016

Benci dengan Haji Hadi



Bercakap pasal minta Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (presiden Pas) berundur adalah kesinambungan G18 yang kalah dalam muktamar tahunn Pas tempohari.

Kini, Datuk Husam Musa yang masih kekal sebagai ahli pas memainkan peranan dan tolong goyang agar presiden Pas itu berundur dan diganti dengan timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Disini nampak dengan jelas bahawa kebencian terhadap Haji Hadi Awang sedang berada diatas sebagai agenda berkala G18.

Sesungguhnya, Allah subhanahu wataala telah nyatakan bahawa orang orang kafir (yahudi dan Nasrani) tidak sekali kali akan bersetuju dengan kamu wahai Muhammad.

Dahulu, orang orang umno sangat benci dengan Haji Hadi Awang, miskipun bukan seorang presiden Pas.

Maka, dapat kita buat kesimpulan bahawa pihak umnolah mula mula tanam rasa benci terhadap Haji Hadi Awang ini.

Dikatakan, Haji Hadi Awang telah mengkafir umno menerusi amanat konon yang dibuat berdasarkan kata kata dalam ceramah di Kampung Banggol Peradung, Manir Kuala Terengganu lama dahulu.

Kata kata, umno kata, Pas kata umno kafir. Kata kata itu tersebar secara meluas dari mulut kemulut rakyat jelata diseluruh pelusuk Negara.

Inilah sebagai punca Haji Abdul Hadi Awang mula mula dibenci. Dan bermula agenda berkala agar  presiden pas itu jatuh dan berundur menerusi di serangan empat penjuru.

Sejarah telah membuktikan bahawa orang umnolah yang mula mula benci dengan Haji 
Hadi Awang kerana takut dengan pengarah ulama pewaris nabi dalam arena politik tanah air.

Kini Nampak gayanya agenda tersebut telah disambung oleh kumpulan G18 pula agar Haji Hadi Awang benar benar dapat disingkir dari jawatan presiden.

Penulis menamakan Datuk Husam Musa dan Mahfuz Omar adalah merupakan orang yang sudah ambil bidang tugas yang telah dibuat oleh umno agar Haji Abdul Hadi Awang berundur dan dihanti dengan timbalannya.

Kedua dua orang ini telah menyatakan pendiriannya yang mereka sanggup dikenakan tindakan tata tertik atau dipecat dari parti.

Mereka sanggup dipecat demi bidangtugas besar dan terpenting agar Haji Abdul Hadi Awang disingkir dari jawatan presiden tanpa memikirkan bahawa benci itu adalah sifat orang orang kafir terhadap Rasulullah SAW .

Barangsiapa yang memiliki sifat benci dengan ulama pewaris nabi ini, sah mereka sangat gemar dan cenderung untuk menolong orang kafir.Ia adalah sifat orang orang maunafik.

 


26 comments:

Malaysiabaru said...

Jom sokong najis 2.6b

Jom sokong ayoh hadi Ping demi ajaran sesat

Tolol punya bloger

Anonymous said...

Halo admin jgn taksub sangat nnti lari akidah hang

Anonymous said...

dulu dibenci umno..sekarang dipeluk disyg umno..

Anonymous said...

Soalannye wuhud atau tidak amanat hj hadi?tidak pernah dinafikan oleh sesiapa pun.jadi hj hadi dah istiharkan amanat itu dah tamat tempoh setelah rapat dengan presiden umno?kerana hj hadilah PR yg ditubuhkan untuk tumbangkan umno berkecai dengan isu hudud yg nak dilaksanakan dan takjadi plok dilaksanakan.kluk klek.hj hadi membiarkan pengurusa Pas kelantan mendiamkan isu songlap balak.kedah kalah kepada umno keranahj hadi biarkan isu dalaman Pas kedah.hj hadi arahkan Pas perak tubuhkan kerajaan UG dengan umno diperak khianati perjanjian PR bila menang.G18 tersingkir denganpermainan politik kotor.isu2 besar negara yg menimpa rakyat seperti 1mdb,penjualan aset negara,gst danindek rasuah langsung tidak disentuh oleh hadi sejak berbaik2 dengan najib.Jadi patutlah Hj Hadi digantikan jika Pas mau kekal diterima oleh rakyat malaysia.

Anonymous said...

http://mountdweller88.blogspot.my/2016/03/hudud-di-tangan-ulama-pas.html?m=1

Anonymous said...

Umbo melalui tv,akhbar dan media baru tidak mau kutuk lagi pas kerana pas sidah jadi balaci umno.ahli2 pas patut sedar hal ini.umno hanya tunggu pru untuk ambil alih kelantan.sejak kematian TGNA pas berantakan.tiada pendirian lagi.patutlah husam dan mahfuz tegor ostaz2 pimpinan pas yg sedang dilambung mimpi buatan umno.ulamak yg berkepentingan diri dengan khianat kpd kawan bukan waris nabi.ulamak yg ikut ajaran nabi sahaja waris nabi.

fissal said...

aku pun benci ... ramai ahli2 da benci ..bukan husam ..mahfuz je ... aku ahli pas totok sblom ni .. tp now no more ... hadi makhlok perosak ... a pest .. a parasite ... bile trpikir die rase geli geleman ... ngeri .. pemimpin mcm tu pun ade ... pati Islam lak tu ... klo parti jenis Len pun xde nmpak cmtu ... semua ade akal ...ni mcm da ilang akal ...

Sultan Sarawak said...

Macam tu ka ulamak...haha..hadi cuma politikus yg menggunakan agama...

Lebai Roger said...

Kalau macam tu amanat hj hadi......adalah bohong belaka.......hj hadi pendusta. DAP duduk dlm PH.....hanya bertanding 50 kerusi yg lainya adalah PKR dan suatu ketika itu PAS......PR lawan Rasuah oenyelewengan dan kezaliman.......tetiba hj hadi suruh lawan DAP......apa makna nya tu........nak bagi BN menang ye! Pelaq punya Hadi......atas nama agama dia buat macam tu.....bersekongkol dgn PERASUAH...cis!

Anonymous said...

http://mountdweller88.blogspot.my/2016/03/aku-postkan-saja-ini-bukan-dalam-bidang.html?m=1

Anonymous said...

http://alhusseyn51.blogspot.my/2016/03/pas-akan-meneruskan-pelasanaan-hudud.html?m=1

otaiblues.blogspot said...

walau dia presiden pun..tak senua tindakan nya betul..memang ulamak pewaris nabi muhammad...tapi ape kah benar periseden pas sememangnya pewaris nabi ?
ulama sepatutnya bukan se orang yg pembohong..se orang yg amanah..
ulama tidak patut menggelar orang yg tidak sehaluan dengan pat a dengan gelaran yg tidak patut..
sebagai ulama perwaris nabi sepatutnya berani menegur segala kemungkaran.kezaliman..
kalau tidak pada orang lain..terhadap ahli partinya sendiri.

Unknown said...

Kapada tuan punya blog...sedar2 lah.. byk blog ternama belasah tuang presiden. Memalu kan betul pewaris nabi mempunyai sikap2 mcm tu..dap bertanding 50 kerusi...boleh perintah malaysia ke. Tuang presiden ingat semua rakyat malaysia bodoh2 belaka. Main ckp je.. fakta tak di sebut.. yg balaci2 sebelah tuang presiden tu.. semua berpelajaran..takkan situasi politik pas tak faham. Aku tak pernah mengiya apa2 kenyataan TUN M. Tp bila dia ckp pas parti politik sampah.. aku mengaku ada benarnya..

Anonymous said...

akusokong kalu hadi nk lawan dap dan minta islam bersatu...okkkk la ni pi lawan DAP dlm PRU nanti..lepaskan seat melayu pada umno atas dasar nk bersatu...jihad tentang DAP (sat g keluaq la fatwa tu)...suroh hadi lawan kit siang d johor..cakap ja berani...seat tontowi bg kat umno...tontowi p lawan guan eng d penang...nak jadi boneka pon biaq la cerdik skit...
kerja lain tak dak asyik buat amanat..seru...keluaq fatwa...yg bejuang betoi.. habih dlm penjara...yg tukang buat amanat, seru...dok candat sotong lagi,,,adei poodahhh!!!

Anonymous said...

mountdweller88
Terjemahan dari otak dan hatiku
Saturday, March 26, 2016
Ku Li adalan calon Kegemaran PAS
Coretan santai

Ku Li adalan calon Kegemaran PAS apabila PR waktu itu mahukan Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM sekiranya berjaya merampas putrajaya. Itu cerita suatu masa dahulu di zaman PR.

Ketika ini kita semua sudah Maklum Ku Li akhirnya sign sd menyokong DS Najib Razak sebagai PM. Kelantangan Ku Li bersama perjuangan R menuntut royalti pada aku hanya dendam kesumat beliau terhadap Tun M yg waktu itu masih Pengerusi Petronas.

Aku bukan penyokong Tun M. Bahkan ketika Tun M dalam ofis, aku dipenjarakan di Kem Tahanan Kemunting sebagai tahanan ISA selama 4 tahun. Bagi aku Tun M hanya seorang mantan PM. Namun dia sekurangnya berjaya membangunkan tanah air ini. Aku tidak sama sekali bersetuju atas pendirian Tun jika mahu turunkan DS Najib atas menyelamatkan Umno. Kerana aku mendengar betapa Tun mahu membela nasib rakyat.

Pada aku isu Rakyat. Siapa pun juara. Kalau dia berjuang Demi Rakyat dia patut diberi sokongan. Namun jika dia menyokong penindasan rakyat dia wajar ditentang.

Dosa silam tun? Sebagaimana dosa Silam kita semua sebagai manusia terhadap manusia lain. Terhadap pihak lain. Terhadap keseluruhan nya. Itu adalah urusan Kita dengan Allah swt. Usaha kita perlu insaf. Muhasabah. Taubat. Dan mohon maaf pd org yang telah kita aniaya. Dan bukan tugas kita yang tidak memiliki sebarang kaitan menjatuhkan hukum pula. Sedangkan sifat Allah swt maha pengampun. Bagaimana kita mengatasi sifat Allah pula? Bukan tak boleh marah pada Tun atas kesalahan lampau Tun namun kita diajar usah tidak terlalu membenci. Bimbang mereka diampunkan sudah. Kita pula yang binasa nanti.

Fokus aku. Deklarasi rakyat yang Tun  bawa bersama Pimpinan PH. Bukan deklarasi selamatkan Umno. Namun itu deklarasi rakyat. Maka rakyat patut menyokong sebarang usaha membela rakyat sehingga peluang membuat perubahan itu tiba.

Siapa pun kita nak undi diwaktu itu hak kita. Namun aku usulkan jika Tun berjaya turunkan ds najib. Pru 14 nanti apakata kita bagi Tun Pulihkan umno semula dari semua kerosakan sejak zaman Tun hingga hari ini. Pesan kat Tun. Kalau Tun perlukan 50 tahun pula untuk betulkan boleh. Namun betulkan ketika Umno direhatkan sebagai kerajaan. Kami sanggup tunggu 50 tahun lagi biar Tun dh betul betul membetulkan Umno.

Selepas itu peranan PH. Jika berjaya pru 14 nanti kemudi lah negara ini Demi Rakyat. Agar rakyat mahu memberi lebih lama cuti buat Umno untuk dibaik pulih Tun. Waktu itu Pas mainkanlah peranan. Sekian lama mahu Umno ikut Islam. Waktu itu paling sesuai menyampaikan islam pada Umno.

Soal negara? Jangan risau Parti Amanah Negara. Sebuah Parti Islam akan memastikan usaha demi rakyat nanti adalah bergerak seiiringan dengan usaha Demi Islam. Agar waktu itu Islam menjadi Syiar paling tinggi ditanah ini. Parti Amanah Negara bersama rakan Pakatan Harapan yakni Parti Keadilan Rakyat serta Dap akan menunjukkan kepada dunia bagaimana seharusnya sebuah Malaysia yang tercinta ini diuruskan.

Saya cuma beri pandangan saya. Dan saya rakyat biasa. Iya hanya rakyat biasa. Dan kerana rakyat untuk rakyat dan dari rakyat seperti saya..saya menyertai muafakat Selamatkan Malaysia dan mengisytiharkan menyokong penuh agenda rakyat Deklarasi Rakyat itu.
Hidup Rakyat!!!
Reformasi!!!
Lawan tetap Lawan!!!
Takbir!!!

25316
Jumaat

#HarapanBaru

Alias Hj Sani
Timbalan Pengerusi
Parti Amanah Negeri Sabah
fakhruddin yusoff at 9:00:00 AM

mamat said...

barangsiapa yang mengeluarkan kata kata tolol atau maki hamum itu dan ini terhadap orang lain, mereka adalah merupakan manusia yang muflis ideal.

Anonymous said...

KELAB GREENBOC
Sedang Dalam Pembikinan Semula
26 Mac 2016
[BERGAMBAR] Rakyat Sarawak Berpusu-pusu Isi Borang Sertai AMANAH

Sekalipun Parti Amanah Negara (AMANAH) baru sahaja ditubuhkan beberapa bulan yang lalu, namun dengan usaha gigih petugas AMANAH di Sarawak telah berjaya menarik minat rakyat Sarawak untuk mengenali dan sekaligus menjadi ahli AMANAH.

Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya sekitar bulan April/Mei nanti dan AMANAH telah mengesahkan akan bertanding di dalam pilihanraya berkenaan.

Para petugas AMANAH dari Semenanjung seperti Angkawaan Wanita AMANAH (AWAN), AMANAH Pusat, negeri dan kawasan-kawasan telah secara bergilir-gilir terbang ke Sarawak untuk memperkenalkan AMANAH kepada rakyat Sarawak.

Di bawah ini dipaparkan sambutan menggalakkan masyarakat Sarawak terhadap AMANAH.

Lebai Roger said...

Mana mungkin hj hadoi pewaris anbiya...........mungkin dia nak jadi pewaris derma kot.......asyik uturn ja.....nak meniaga agama boleh tapi jangan lah uturn. Jangan lah pula do kerap sangat buat fatwa politik sempit macam hameno. haraun din pula gila jawatan......nak tanya sikit jangan marah no......din ayam bila lak nak debat......he he he.....pewaris anbiya konon.....pi candat cotong lagi baguih beb!

mamat said...

boley jalan,

Bagaimana dengan mereka yang tak sokong kerjaan dan makan gaji dengan kerjaan sekarang ini.

Anonymous said...

halo mamat.

ko ingat gaji penjawat awam umno/bn yang bayar? gaji agong dengan gaji menteri pun rakyat yang bayar.

Anonymous said...

Lain cakap, lain buat: Bila pulak Pas takut perahu tenggelam?
Pas tak mahu menangguk di air keruh takut perahu tenggelam, kata Abdul Hadi
26 Mac 2016 | MALAYSIA DATELINE

Pas yang telah selesai menghadapi masalah dalaman tidak akan menangguk di air keruh dengan mengambil peluang daripada krisis parti kawan dan lawan, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan media yang ditujukan kepada ahli dan penyokong Pas, Abdul Hadi menegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang berhidayah kerana politik yang diperjuangkan Pas ada perhitungan dosa dan pahala.

"Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimpin semata-mata atau memikul amanah menjadi peluang untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan umat dunia dan akhirat," ujarnya.

Menurut Abdul Hadi, politik perlu kepada perhitungan yang amat teliti dan mendalam.

Bangga dengan prestasi Pas kini yang dianggap berjaya menyelesaikan masalah dalaman parti dengan 'menyingkirkan masalahnya menjadi serpihan', beliau menyedari bahawa Umno yang memerintah negara dan negeri menghadapi krisis dalaman, begitu juga dengan DAP yang 'paling bermusuh terhadap Pas'.

"Mengapa Pas tidak bersungguh menyokong usul undi tidak percaya menjatuhkan kerajaan pusat dan khususnya Terengganu yang paling dekat laksana dicapai tangan sahaja, kerana kerusi Adun Pas yang hampir mendekati majoriti mudah?

"Mengapa tidak bersemangat menyertai himpunan yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang yang bersemangat bergabung dengan Umno yang memprotes pemimpinnya?

"Jawapannya kepada ahli Pas dan penyokongnya, bahawa nelayan yang bijak walaupun miskin, tidak boleh menangguk di air keruh yang ikannya bercampur belut, ular dan buaya, kerana membahayakan diri dan merosakkan jala dan pukat, bahkan boleh menenggelamkan perahunya serta membahayakan diri," kata Abdul Hadi.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, Pas lebih suka 'menangguk di air jernih' yang boleh dilihat manfaat dan mudaratnya walaupun terpaksa bersusah payah.

"... kerana pukat kita belum kukuh, keadaannya boleh merosakkan pukat, memutuskan tali pancing dan kita masih berperahu yang boleh ditenggelamkan dengan mudah kalau dibedal buaya atau dimasuk ke dalamnya ada yang gelikan belut boleh melumpat ke dalam dan keluar atau disengat ular sehingga mati," ujarnya penuh kias ibarat.

Menurut Abdul Hadi, Pas bukan parti yang mengangkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan, makan diri kawan untuk naik, mengangkut ahli sehingga menyusahkan diri dan mencari setiap peluang tanpa perhitungan.

Pas juga tambah beliau tidak mencipta angkara sehingga menyusahkan rakyat, menghentam melulu tanpa tujuan yang betul dan menjadikan ulama dan ilmuan umpama terompah kayu bagi masuk ke tandas.

"Marilah kita pilih politik yang jernih dan matang, bukannya menangguk di air keruh yang mengelirukan dan menyusahkan semua. Sebab yang kita hadapi kini semuanya kerana penentuan kita melalui pilihan raya," ujarnya.
fakhruddin yusoff at 7:00:00 AM
Share

3 comments:

AnonymousMarch 27, 2016 at 8:00 AM
Falsampahnye tinggi tapi sayang jadi balaci umno.dalam politik tak ada air keruh dan jernih.ahli2 yg telah kuat kerja naikkan pas dibuang .falsampah ini keluar setelah menyedari Pas semakin lemah.sokongan bukan islam danhampir kosong.sokongan melayu pun makin kurang kerana kelihatan kurang islam akibat khianat dan putar belit dengan istilah barua,broker dan pil kuda.
Reply

tahilalatMarch 27, 2016 at 8:05 AM
kah kah kah
inginkan perempuan ...
yang kaya gunakan duit ....
yang berkuasa gunakan kuasa ...
yang pandai agama gunakan agama ...

luahan dan tutur kata begini hanya aku dengar pimpinan PAS ketika PAS bersama Perikatan dalam BN di awal 70an.
Reply

tanya sama itu hud hudMarch 27, 2016 at 8:16 AM
Falsampah pil kuda..

Anonymous said...

Menjawab kenyataan presiden PAS
Politik Menangguk di Air Keruh:-

Menjawab kenyataan presiden PAS

Politik merupakan satu seni bagaimana mengurus manusia dan harta.Politik menrupakan suatu perkara yang dinamik dan sentiasa berubah-rubah

Suasana politik semasa khususnya di Terengganu dilihat semakin tidak stabil akhir-akhir ini. Dengan hanya berkelebihan 2 kerusi di DUN Terengganu, Umno sebenarnya tidak mempunyai cengkaman kuasa yang kuat di Terengganu.Tindakan ADUN Kijal baru-baru ini yang mengusulkan undi tidak percaya menggoyahkan lagi kerajaan Barisan Nasional di Terengganu.

Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato Ahmad Razif sememangnya dilihat lemah dan tidak mampu untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di negeri Terengganu, contohnya isu belanjawan negeri yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun tetapi tidak memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Konflik yang berlaku memungkinkan kerajaan Barisan Nasional Terengganu akan jatuh. Kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa prinsip PAS tidak mahu mengambil kesempatan dalam pergolakan politik di Terengganu untuk merebut kuasa dengan berkata "Tidak mahu menangguk di air keruh" sebenarnya membelakangi aspirasi rakyat Terengganu untuk melihat satu pentadbiran yang telus dan baik.

Hj Hadi telah gagal membaca isi nurani rakyat Terengganu  yang Kesuluruhannya telah sekian lama hidup dalam kesempitan dan kesusahan.

PAS telah pun terpisah dari realiti politik negeri Terengganu. Rakyat Terengganu mengimpikan sebuah parti dan pemimpin yang mampu untuk membawa aspirasi mereka dan dapat membela rakyat dari kezaliman kerajaan umno Terengganu.

Jika PAS ingin untuk menjadi pemain politik utama di negeri ini, PAS sepatutnya mendahului aspirasi rakyat,jangan hanya mendatangkan hujah-hujah agama tanpa penyelesaian masalah yang tuntas.

Rakyat Terengganu telah muak dengan politik dalil agama tanpa penyelesaian yang praktikal.

Sikap PAS dalam isu di Terengganu hanya akan membenarkan lagi persepsi pergabungan UMNO DENGAN PAS.Apatah lagi ianya telah disahkan di Sidang PARLIMEN TADI. Rjuk LINK SIDANG PARLIMEN DIBAWAH.

Jika ingin menjadi sekadar penasihat eloklah pimpinan PAS memohon kepada pendaftar petubuhan untuk mengubah status PAS daripada sebuah parti kepada sebuah NGO.

Rakyat Terengganu memerlukan sebuah parti yang kuat dan mampu untuk menghapuskan kezaliman umno, bukan parti yang sibuk mencanangkan sebagai penasihat tetapi nasib rakyat marhaen tidak terbela.

WAJARLAH PARTI AMANAH  DIWUJUDKAN DAN MENGAMBILALIH PERANAN PEMBELA RAKYAT DENGAN MOTTO RAHMATAN LILALAMIN DAN PENENTANG KEZALIMAN UMNO/BN.

SOKONGLAH AMANAH UNTUK KESEJAHTERAAN SENUA RAKYAT TANPA BATAS BANGSA DAN AGAMA!

https://www.youtube.com/watch?time_continue=42&v=Hf7aB03b-Oc

fakhruddin yusoff at 10:58:00 AM
Share

Anonymous said...

Tanpa Nama27 Mac 2016 10:09 PTG
PAS kat mana ya?

Dengar khabar semasa kongres ini berjalan PAS sibuk tgh cari pengaruh yg hilang di meja snuker...
Balas
Balasan

Tanpa Nama27 Mac 2016 10:14 PTG
Pas sedang berkira nak saman utusan kerana katanye salah lapor ucapan hj hadi mengenai seruan bersatu lawan dap.dia mula takut dengan cakap dia sendiri.ha3..orang jenis ni tak boleh dibuat kawan.makan kawan bila nampak habuan walau dari musuh
Balas

Tanpa Nama27 Mac 2016 10:33 PTG
Pas dok ghok cettong
Balas

Tanpa Nama27 Mac 2016 11:28 PTG
Pas tgh sibuk kempen DLP... tp tak nampak pulak dr parti ikatan datang ramai2.... biaq pi lah.... jatuhkan najib lebih utama.

Biar pas dgn hadinya,harung dingnya, dan seangkatannya...
Balas

Tanpa Nama27 Mac 2016 11:43 PTG
Pas tgh minum kadir bincang hudud sbb timbalan ikatan terang2 kata tolak hudud.kahkahkahka.. Padan muka pas,berlagak sgt..kan dah kena lg.kahkahkah
Balas

Anonymous said...

Tanpa Nama28 Mac 2016 7:50 PG
Allah Maha Berkuasa.

Yang nak berbaik dengan UMNO dan yang nak bekerjasama dengan UMNO ialah PAs.

Tetapi yang bersatu dengan ahli UMNO demi rakyat dan negara ialah AMANAH PKR dan DAP.

Wahai ahli-ahli PAS, sekiranya PAS ketika ini bersama dengan Kongres Rakyat dan Presidennya bukan Hj Hadi yang bercita-cita ingin jadi Ketua segala Ketua, tetapi Presidennya ialah Hj Hadi yang seorang ulamak, perjuangan anda telah berjaya

Macam ini lah. Bayangkan pada hari di adakan Kongres tersebut yang turut di sertai oleh TGNA ....
Balas

Tanpa Nama28 Mac 2016 8:58 PG
Yg nampak okay dr pas cuma Husam,Mahfuz dan Dr Rani.. Yg lain semua hampeh mcm pemakan dedak umno same je perangai umno,elok gabung ngan umno cpt,apa nk malu2 lg...org nk selamatkan malaysia tp pas nk jahanamkan malaysia..

Anonymous said...

Kalu ahli PAS,lapangkan dada,tidak emosi melulu,mereka boleh fikir:

Siapa itu Zuhdi??Dia kan pakar strategy PAS YG RAPAT DGN PEMIMPIN2 UMNO,yg easy access dgn media perdana umno,boleh bekerja diUM tanpa ganguan,pernah menulis dalm facebook jika berkusa bersama umno,DAP boleh ditewaskan terutama di Selangor dgn mengarah SPR buat persempadanan semula ,menempatkan pemgundi melayu sebagai majority. Pernah menyarankan jgn terlalu extreme dgn pemerintah (umno).

Siapa itu tantawi?? ustaz muda dari mesir,yg terlalu ghairah dgn kemewahan yg ada,demam semasa di germany,chief komunikasi PAS pusat.musuh ketat LGE/DAP.

bUKNKAH GANDINGAN MEREKA SESUAI UNTUK MISSI ini,ditambah pula ustaz Nasa dgn menerima tawaran dari umno.Mereka cuma tunggu feedback dari grassroot sahaja.Dapat greenlight tentu sekali mereka akan join umno/bn/

Anonymous said...

KedahLanie.info
Kerjasama PAS/DAP.. Antara apa yang dikatakan Haji Hadi adakah dia sudah terkena sumpahan "PIL KUDA"