Saturday, March 10, 2018

Apa yang anda fikirkan?


Penulis fikir seribu kali fikir, malah sudah pergi kepada angka jutaan kali fikir. Fikir mengenai Pas dan pucuk kepimpinannya.

Pucuk memang lembik dan lembut berbanding dahannya. Demikian juga akarnya. Akar memang kuat dan kukuh.

Maka, Akar umbilah membuat pas masih boleh bertahan miskipun sudah banyak kali ditimpa musibah.

Musibah yang paling buruk dan teruk, selepas ditendang BN pada 1978 sehingga hampir hampir kehilangan nyawa.

Pada tahun 1982 dapat disambung semula nyawa yang hampir hampir putus itu.
Kemudian pada tahun 1990 Pas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 yang di terajui Tengku Razaliegh Hamzah yang dijenamakan sebagai Angkatan. Angkatan perpaduan ummah.

Pas Kalah selama 12 tahun di Kelantan dan dapat menang dan memerintah semula selama 28 tahun sampai hari ini dan dikatakan akan kekal selepas PRU 14 nanti.

Mohamad Sabu yang dikatakan sangat gemar memandu laju lebih had itu juga turut menang jadi MP parlimen Kubang Kerian Kota Bahru Kelantan selama dua penggal.

Menteri Besar waktu itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga gemar memandu laju, tetapi  tak sampai lebih had laju menang bergaya dalam siri siri PRU,

kecuali pada PRU 12 hampir hampir nak putus nyawa dan Pas kalah teruk di Terengganu yang bermenteri besar Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga di katakan gemar memandu laju, tapi tak lebih had berbanding Mat Sabu yang sering terlebih had yang dihadkan.

Pas menang di Kelantan dikatakan atas sebab bekerjasama dengan parti serpihan umno iaitu semangat 46.Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar kemenangan Pas mendapat pertolongan dari langit.

Pas menang di Terengganu pada PRU 11 atas sebab bekerjasama dengan parti keadilan rakyat parti serpihan umno yang diketumi  Datuk seri Anwar Ibrahim reformasi.

Kata kebanyakan pemimpin Pas Terengganu kemenangan itu adalah pertolongan dari umno. Pas menang kerana umno bukan kerana Allah

Dan Kalah teruk di Terengganu pada PRU 12 kerana masih tidak mahu ambik pengajaran, lantas pada tahun 2008 bekerjasama pulak dengan DAP anak PAP Singapura parti anti Melayu dan anti Islam.

Ketika bekerjasama dengan DAP Pas menang parlimen 26 kerusi. DAP menang 39 kerusi dan PKR menang 30 kerusi.Dapat menafikan  dua pertiga Umno/BN

Tak disangka sangka pas menang dan memerintah Kedah bermenteri besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga dikatakan gemar memandu laju.

Ketika bekerjasama dengan DAP presiden pas kelihatan masih gemar memandu laju lebih laju daripada biasa. Luar biasa sekali.

Sebelum ini beliau memandu dengan had kelajuan yang belum lebih had kelajuan.
Tak disangka sangka presiden semakin ghairah dengan kegemaran memandu laju.Kadang kadang terlebih had yang telah dihadkan

Dinyatakan oleh sesetengah pucuk kepimpinan bahawa kristian hari ini tidak lagi memusuhi Islam. Boleh kawan dengan Yahudi.Orang orang DAP kafir zimmi.

Presiden masih berminat untuk memandu laju ketika bekerjasama dengan umno atas nama amar maaruf nahi mungkar,walaupun tidak bergabung.

Dahulu bukan main marah dengan Yahudi, sekarang ini sudah tak marah lagi dengan yahudi yang hari  hari bunuh umat Islam Palestin.  

Hari ini kerajaan umno/BN dah bawa masuk Yahudi, iaitu bawa masuk musuh dalam rumah sendiri, kerana Pas dah tak marah lagi.

Cuba anda bayangkan apabila yahudi dan sudah boleh masuk dalam Negara Malaysia. Apakah yang akan berlaku suatu masa nanti.

Dahulu Yahudi tidak boleh masuk Negara kita kerana Pas sangat murka . Hari ini apabila sudah bekerjasama dengan umno/BN pas dah tak marah lagi.Baguslah tu.

Oleh itu, sewenang wenangnya yahudi musuh Allah dan musuh Rasulullah SAW yang telah membunuh 2.5 juta umat Islam di Palestin diberi tempat istimewa dalam Negara ini.

Dikatakan,sudah ada gereja  kecil dibina di Bukit Jalil?

Pada hal Rasulullah SAW melarang kafir zimmi membaiki gereja yang rosak dan larang memberi tempat istimewa kepada kafir zimmi yang miskipun dinyatakan, barang siapa memusuhi kafir zimmi maka mereka itu memusuhiku.

Hari ini pas sudah buat keputusan bahawa 9 calon orang bukan Islam akan bertanding atas tiket pas di negeri Sembilan atas sebab china Aceh menerima undang undang Islam.

Memang china dan India Kafir yang jadi penyokong Pas tak sama dengan china India yang duduk dalam DAP.

Mereka orang orang kafir. Tapi mereka dalam DAP itu adalah kaum kafir yang dinyatakan Allah “Dan (ingat) Allah tidak beri petunjuk kepada kaum kafir.

Hakikatnya China Aceh memang tak sama dengan china Malaysia. China Aceh tidak boleh berpolitik manakala china Malaysia bebas berpolitik dan boleh ambil kuasa bila bila masa.

China Malaysia ada persamaan dengan China Negara China yang tidak membenarkan umat Islam Negaranya berpuasa. Jika berpuasa mereka dipaksa berbuka.Umat Islam dihalang belajar agama di masjid masjid.

Cuba anda bayangkan betapa hadis sahih lagi hasan diatas.Bagaimana pula dengan perkara ini.

Inilah yang penulis duk fikir dan fikir berkali kali mengapa presiden pas masih minat dan gemar memandu laju lebih had yang telah dihadkan.

Masih tidak serik serik dengan kemalangan yang berlaku keatas bahtera pas yang sedang berlayar dilautan bergelora.

Termasuk berani membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang membuat ahli akar umbi benggung seketika dibuatnya.

Apakah ianya feqah politik yang dibenarkan oleh Islam?


   

No comments: