Sunday, March 18, 2018

Betulkah ada Guy yang warak


Analisis Dian TV hijrah Khamis 9.00 malam 15 Mach 2018  membicarakan pengaruh liberalisme dan LGBT dimaklumkan penal Tuan Haji Hushim Haji Salleh bahawa ada guy yang warak.

Mereka walaupun guy, tetapi mereka tidak tinggal solat lima waktu sehari semalam dan sudah tiga kali menunaikan umrah di Mekah.

Atas sebab itulah mereka mengisytihar mereka sebagai guy yang warak, melaksanakan perintah Allah disamping melanggar perintah.

Tanpa disedari mereka lah hamba syaitan dan tergamak menukar istilah fasik kepada warak.

Tindakan mereka  dikatakan serasi dengan apa yang dikatakan oleh ulamak, kita hendaklah seimbangkan antara dunia dan akhirat iaitu boleh buat dosa dan buat pahala.

Tapi kena seimbangkan antara kedua itu.Ya ke?

Dalam masa yang sama mereka  mengerjakan kemungkaran (melakukan liwat) dan mereka  juga mengerjakan kebaikan.(solat lima waktu sehari semalam dan berpuasa di bulan ramadhan)

Itulah istilah yang mereka pakai bahawa mereka juga warak (guy yang warak) sepertimana dinyatakan oleh Haji Hushim Haji Salleh dalam analisis Dian TV Hijrah yang dihot Finah Yunus.

Mari kita lihat Siapa kah orang yang warak?

Orang yang warak yang selamat dan mampu menegakkan persoalan halal dan menghindari yang haram.Bermakna barangsiapa yang masih melakukan yang haram mereka bukan seorang yang warak.mereka orang fasik.

Sebaliknya mereka pada malam hari mengerjakan solat dan malam hari juga mengerjakan maksiat (liwat) mereka merupakan orang yang fasik.

Orang fasik kalau tidak sempat bertaubat tempatnya dihumbangkan dalam neraka yang terbawah sekali bersama orang munafik.

Malang sekali , istilah warak telah tersasar kefahamannya oleh masyarakat.Dalam masyarakat seorang yang warak digambarkan sebagai seorang yang merendah diri, berjalan tunduk atau sedikit kelihatan naif.

Adakah pengertian ini menepati maksud warak menurut istilah agama?
Kalau begitu apa kah erti warak?

Warak ialah sikap berhati hati terhadap sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram.Apakah guy yang melakukan liwat dan solat itu warak.

Menurut pesepktif Islam  sifat warak yang mereka dakwa itu akan hilang dan diganti dengan sifat fasik yang seiring dengan sifat munafik .

Kerana Orang warak sangat mengambil berat soal haram.Seluruh perhatiannya diperuntukkan untuk menghidari daripda melakukan perkara haram.

Orang warak juga akan menjaga segenap jalan yang memungkinkan baginya terbuat maksiat.

Warak adalah sikap berhati hati yang melahirkan manusia berusaha menghindari segala hal yang tidak bersih, noda dan dosa.

Ia melindungi daripada semua yang meragukan dan mencurigakan.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “ Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang menyakinkan”. (Riwayat Muslim).

Baginda berbicara tentang wajibnya meninggalkan segala sesuatu yang mendatangkan kesangsian dan keraguan,

perkara yang mendatangkan kebimbangan, kecemasan dan ketakutan dalam hati.
Sebaliknya berpegang kepada sesuatu yang mendatangkan rasa aman dan damai.

Orang warak akan berhati hati terhadap apa yang dilakukanya agar tidak membuat perkara haram.mereka tahu memerlihara farajnya.

Mereka yang warak tidak akan  berkahwin dengankaum sejenisnya  dan tidak meliwat antara satu sama lain. Mereka berkahwin dengan perempuan, kerana perempuan pakaian lelaki.

Mereka akan berhati hati meneliti tanda yang terdapat pada kandungan makanan.Kakinya akan berhati hati daripada memasuki premis yang meragukan kehalalan nya.

Itulah benteng bagi keselamatan manusia yang paling menyeluruh.
Menurut Imam al Ghazali di dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin pada bab Ilmu 

Pengetahuan, warak terbahagi kepada 4 peringkat:-

Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya.Ini tingkat biasa bagi kebanyakkan orang awam.

Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhah).Ini tingkat orang orang soleh.

Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikuatiri terbawa kepada haram.ini tingkat orang orang muttaqin.

Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram.

Ini tingkat orang orang siddiqin.

Tingkat biasa bagi orang awam ialah tidak melakukan perkara yang haram, termasuk liwat sama sendiri miskipun suka sama suka dan redha.Liwat itu dosa besar dalam Islam.


No comments: